Sunday, July 21, 2013

I've Travelled To... Bangkok (perjalanan pergi)

Sawadikap... Kau kun kap... Jom meneroka lagi satu destinasi cuti kami - Thailand.

Destinasi cuti kali ni bermula pada 24/6 yang lepas. Bersama abah dan mama, perjalanan kami kali ini menggunakan sistem pengangkutan berbeza. Kami menaiki keretapi International Express Train (milik Thailand) menuju ke Bangkok, bermula dari Bukit Mertajam.


Bertolak dalam pukul 3.00pm (sejam delay) dari Bukit Mertajam dan dijangka sampai di Bangkok 11.00am esoknya (25/6). Hampir 20 jam perjalanan. Hanya ada 2 coach sahaja dari sini.

Sampai di Padang Besar, keretapi akan berhenti dan kita perlu turun untuk urusan imigresen. Cop pasport di imigresen Malaysia dan kemudian imigresen Thailand. Sementara itu, lebih banyak coach disambungkan pada 2 coach yang asal.




Menjelang 7.00pm, masa untuk dinner.... kami bawa bekal dari rumah... nasi putih dan ayam masak kicap. Selain daripada itu, macam-macam lagi bekalan yang kami bawa - air kotak, air mineral, nescafe 3 in 1, milo 3 in 1, teh tarik 3 in 1, gula, nescafe, mee segera, biskut hatta periuk nasi pun ada kami bawa... :)  Status halal makanan dari cafe keretapi ini diragukan (memandangkan keretapi ini milik Thailand). Malahan seorang pekerja keretapi sendiri (orang Thailand) tidak menggalakkan kami membeli makanan dari cafe. Maka, dinner kami hari pertama ni ialah nasi dan mee segera. Macamana kami makan mee segera?? Haaa... Ini satu servis yang terbaik keretapi Thailand ni ada, yang tiada di keretapi milik KTMB. Ada disediakan plug di beberapa tempat di dalam setiap coach. Kami bawa heater coil dan termos stainless steel untuk memasak air. Tadaaaaa..!! Dapat masak air, dapat makan mee segera... Oh yess.. Tentulah juga boleh charge hp, iPad dan iPod anak-anak. Jadi tak la keputusan hiburan sepanjang jalan. Hehe.. (Itu pun kami bernasib baik kerana seat paling hampir dengan plug).

Ketika malam mula menjelma, kerusi-kerusi yang kami duduki diubah pula menjadi katil - lower berth dan upper berth. Siap disediakan cadar, bantal dan selimut, juga langsir untuk melindungi kita. Berth keretapi Thailand ini sangatlah lebar, lantas kita berasa selesa berbaring sepanjang malam (dibandingkan dengan berth KTMB). Tak terasa terlalu bergoyang.



Keesokkan pagi dalam pukul 7.00 am, berth dipasang semula menjadi kerusi. Berth atas-bawah menjadi kerusi menghadap berdepan. Ruang antara kerusi pula boleh dipasangkan meja. Meja ini disimpan di ruang bawah kerusi. Biskut, roti dan mee segera makanan kami pagi ini, disulami air nescafè panas dan milo panas...





Hampir 11.00am, kami pun sampai di Stesen Keretapi Hualampong, Bangkok. Besarnya stesen keretapi niii... Dan nampak begitu sebuk sekali...


Nantikan cerita perjalanan kami di Bangkok dalam entri lain pula...


..:: Happy Reading ::..

Friday, July 19, 2013

I've Travelled To... Disney Hollywood Hotel, Disneyland Hong Kong

Seperti yang telah disebut di dalam entri terdahulu, di hotel inilah kami menginap semasa di Disneyland. Saat kereta masuk ke entrance utama, nampak signboard nama hotel, kami semua sudah cukup teruja. Belum lagi masuk ke bilik hotelnya... :)

Disebabkan kami tiba lebih kurang 10.00am lebih awal dari waktu check-in (pukul 3.00pm), kami masih belum boleh masuk ke bilik lagi. Namun urusan pembelian tiket masuk ke Disneyland sudah boleh diselesaikan di kaunter hotel. Malahan bagasi-bagasi kami pun boleh ditinggalkan di dalam bilik penyimpanan bagasi. Baguskan servis begini... Tak perlu pening kepala memikirkan tentang bagasi, jika kita tiba terlalu awal. Tinggalkan bagasi dan terus saja enjoy di Disneyland.

Maka, bilik hotel hanya kami lihat setelah kami pulang dari Disneyland. Saat kaki melangkah masuk ke bilik, "wwwooooooowwwwwwww" .... suka... suka.... suka... sangat suka... (ni baru ekspresi maknya.... bukan anak-anaknya... hahaha..)

Character dan corak Mickey/Disney ada di merata-rata bilik... atas katilnya, pada dindingnya, pada cerminnya, pada kaunter minuman hatta dalam bilik air pun ada.... melilau-lilau mata melihat sekeliling bilik... hahaha... 








Selain di dalam bilik, character Mickey/Disney turut ada di sekitar hotel... Pada butang lif nampak menarik sekali...




Kesimpulannya, kami sangat-sangat berpuas-hati dengan hotel ini... sangat selesa untuk kami sekeluarga.... Andai ada peluang ke Disneyland, tinggal saja di hotel ini sekurang-kurangnya 2 malam untuk puas menikmati kegembiraan Disneyland.


p/s dalam perjalanan dari Pulau Hong Kong ke Pulau Lantau, tika mendekati Disneyland, signboard-signboard di jalanraya juga menggunakan character Mickey... comel sungguh..!!

Wednesday, July 17, 2013

I've Travelled To... Disneyland Hong Kong


Hari kedua dan hari terakhir di Hong Kong, kami habiskan sepenuhnya di Disneyland. Kami mengambil hotel penginapan yang terletak di dalam kawasan Disneyland sendiri iaitu Disney Hollywood Hotel (hanya ada 2 hotel di dalam kawasan Disneyland). Ada 3 keistimewaan hotel di sini iaitu:


i) urusan pembelian tiket masuk Disneyland boleh dilakukan di kaunter hotel sahaja


ii) kemudahan shuttle bus setiap 10 minit dari/ke Disneyland turut disediakan. Bila-bila masa kita boleh balik ke hotel dan masuk semula ke Disneyland.


iii) hotel menyediakan tempat penyimpanan bagasi jika kita sampai sebelum waktu check-in (3.00pm) atau kita masih belum pulang selepas waktu check-out (11.00am).




Kami ambil tiket masuk Disneyland untuk 2 hari sekaligus (ada diskaun harga berbanding ambil tiket berasingan untuk setiap hari yang berbeza). Pada pendapat kami, lebih mudah begini jika membawa anak-anak. Bila anak-anak mula kepenatan, balik ke hotel sekejap untuk melepas lelah dan menyejukkan badan.


Disneyland beroperasi bermula dari 10.00am hingga ke 10.00pm. Dan kami turut berada di sana bermula 10.00am. Balik ke hotel dalam 1 jam (selepas hampir separuh hari di sana) untuk berehat dan menukar pakaian masing-masing yang berpeluh, kembali semula ke Disneyland hingga 10.00pm.


Disneyland theme park terbahagi kepada beberapa bahagian, seperti Adventureland dan Tomorrowland. Senarai penuh park yang ada, sila rujuk http://park.hongkongdisneyland.com/hkdl/en_US/parks/listing?name=ParkListingPage. Dalam setiap park pula, ada pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh dicuba. Benarlah kata kawan-kawan, 2 hari di Disneyland belum tentu mencukupi... Terpaksalah membuat pilihan yang mana satu nak diterokai. Berbekalkan peta yang diberi oleh pekerja Disneyland (yang sentiasa ada di mana jua), kami serahkan pada Adlina dan Alisya membuat pilihan. Hanya untuk Akram, kami pilihkan - bergambar bersama Mickey Mouse dan Minnie Mouse (3 lagi watak yang ada adalah Winnie the Pooh, Goofy dan Pluto).


Jom tengok ke mana dah kami tujui...


1. Main Street USA


Jalan utama yang ada parade dan street entertainment tapi langsung tak sempat kami lihat (timing tak kena). Turut ada kenderaan shuttle seperti hop-on hop-off bas (pekerja park nasihatkan kami: jalan kaki akan lebih cepat dari tunggu bas..) dan perkhidmatan keretapi (Railroad) serta kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderamata. (Kalau tak tahan 'digoda', jangan masuk.. haha..)






















2. Adventureland

i) Street Entertainment



Entrance masuk ke sini disambut oleh sekumpulan 'street entertainer'.





















ii) Festival of the Lion King



Persembahan ini dilakukan dalam dwi-bahasa, English dan Chinese. Menarikkk!! Props yang digunakan memang hebat. Siap ada pentas yang muncul dari lantai persembahan.












iii) Tarzan Island




Untuk menuju ke pulau ini, kita perlu menaiki 'bot' (or what should called it?). 'Kehidupan' cara tarzan ditunjukkan di pulau ini. Pastikan fit untuk panjat tangga menaiki rumah tarzan di atas pokok. hehe..
















3. Grizzly Gulch

i) Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars




Yang paling teruja nak naik railway ni ialah Adlina! Tapi malangnya tak lepas untuk Akram kerana ada had tinggi minimum untuk menaiki railway ini. Jadi mama dan Akram hanya menyaksikan dari luar. Mujurpun tak lepas.. Bagai nak rak Alisya menjerit ketakutan. Dengan lajunya, dengan mendaki bukitnya, kemudian ada pulak aksi mengundur dari atas bukit. Ngeriiii..!!

ii) Geyser Gulch




Ada 2-3 geyser spot di kawasan ini. Air dari geyser ini adakala akan memancut tinggi, adakala hanya memenuhi kawasan dasar. Warna kebiru-biruan pada dasarnya memang sangat menarik perhatian.

iii) Wild West Photo Fun





Turut ada di sini ialah kawasan untuk berphoto ala-ala wild wild west. Juga ada water canon, boleh berlawan air... hehe..

4. Tomorrowland


i) Space Mountain





Ini lagi satu 'roller coaster' ride pilihan Adlina. Abah dan Alisya dah awal-awal angkat tangan. Masih serik dengan pengalaman di Grizzly Gulch. Hehe.. Terpaksa la mama yang 'korbankan' diri menemani kakak. Dah datang tak main, rugi pulak rasanya.
Aduhhh... dalam gelap rupanya ride ni.. Sambil ditemani cahaya bintang dan planet-planet di bumbungnya. 5 minit pertama menjerit cukuplah. Buat sakit tekak jek. Sama jek ridenya sepanjang masa.. Haha.. Turun-naik, swing ke kanan, swing ke kiri. Yang pasti bila dah keluar rasa kaki tak jejak tanah. Hahaha..

ii) Orbitron



Obitron ni kira tak 'mencabar' sangat laa.. Setakat naik pusing pusing. Paling hebat pun kita boleh kawal coach (cart) kita, bergerak atas-bawah semasa sedang berpusing tu..

iii) UFO Zone




Tempat paling best menyegarkan diri yang kepanasan!!




















iv) Street Entertainment





Kumpulan street entertainer di sini bermain alat muzik dari bahan-bahan yang terpakai seperti tong sampah dan penyodok sampah.









5. Fantasyland

i) Fantasy Gardens




Garden ni kalau tak pergi memang tak lengkap la perjalanan kat Disneyland ni!! Di sini lah tempat kita nak berposing dengan 5 character disney. Cuma sangat menguji ketabahan kita sebab terpaksa beratur panjang. :)

ii) Sleeping Beauty Castle




Pintu masuk ke Castle ni sebenarnya bertindak sebagai main entrance ke Fantasyland.













iii) Mad Hatter Tea Cups




Tea cups ni hanya Adlina dan Alisya yang naik. Mama dah tahu cawan tu akan berpusing-pusing dan tentu pening kepala mama nanti. Haha.. Daripada pening tak boleh nak jalan ke mana-mana, lebih baik jangan paksa mama naik. Haha..









iv) Fantasyland Railroad Station




Kami naik keretapi ni selepas 'penat' bergambar dengan characters tu, menuju semula ke main street..













v) Cinderella Carousel (gambar akan muncul kemudian.. hehe)

vi) Firework (gambar akan muncul kemudian.. hehe)

Ini lagi satu persembahan MESTI tengok. Tak sah perjalanan kalau tak tengok firework ni. Bermula 8.00pm, masing-masing dah cari tempat duduk yang sesuai untuk menonton fireworks yang muncul di kawasan castle. Sangat-sangat marvelous persembahan firewoks ni!!

6. Mystic Point


i) Mystic Manor



Di Mystic Manor ni sebenarnya adalah penceritaan tentang pengembaraan seekor monyet (apatah nama wataknya tak ingat..). Yang menariknya kita di bawa di dalam coach yang bergerak (macam train) mengelilingi bangunan yang dipenuhi dengan kesan-kesan khas tentang cerita pengembaraan monyet tu. Amazing!!

ii) Garden of Wonders



Di sini ada 2 set 3 blok berukir yang bila dilihat dari 1 lubang, blok-blok tersebut kelihatan sebagai hanya 1 image.




















iii) Mystic Point Freight Depot




Rekabentuk depot lama dengan beberapa tarikan untuk bergambar.




















7. Toy Story Land

i) Slinky Dog Spin




Lagi satu ride macam macam train ride tapi lebih 'ganas' sikit. Hehe.. Tracknya berbonggol, jadi coach bergerak turun-naik. Sungguh bumpy ride sekali!! hehe..

ii) Toy Soldier Boot Camp
















Asasnya semua park kami dah masuk, cuma tak sempat nak cuba semua aktiviti yang ada. Ada antara aktiviti yang perlu beratur panjang (jangkaan masa menunggu ada ditunjukkan) terpaksa kami lepaskan demi untuk menjejak lebih banyak tempat.

Ohh.. yaa.. Jangan risau kalau kepenatan, kehausan atau kelaparan di Disneyland. Terdapat banyak stall yang menjual air jus dan popcorn. Yang penting ada food court yang halal di dalam Disneyland - Tahitian Food Court.

Alhamdulillah, tercapai sudah hasrat anak-anak (dan mak-ayah sekali) untuk jejak ke Disneyland.  Walaupun hanya di Hong Kong (yang dikatakan Disneyland yang terkecil saiznya berbanding Disneyland  lain), tetap kami berpuas-hati dan gembira.... Alhamdulillah juga kerana segala perjalanan kami sangat lancar... Cuma 'rajin' sangat merungut kerana kepanasan dan kepenatan... hehehe..






..:: Happy Reading ::..


Sunday, July 14, 2013

I've Travelled To... Hong Kong (Part 2)


Perut dah kenyang, senyum dah lebar, kami dibawa ke dua lagi destinasi sebelum ke hotel. Pertama ke Chocolate Paradise. Mulanya hati ada rasa was-was... al-maklum tak tahu status halal ke tidak coklat-coklat di sini.... Bila dah masuk kedainya, banyaknya coklat dengan label 'made in malaysia' dan status halal... hahaha... memang la boleh dibeli... sukalah anak-anak..




Dari Chocolate Paradise, kami dibawa ke satu lagi tempat membeli-belah. Kami dibawa ke 'Ladies Market' - syurga membeli-belah katanya. Nama jek market tapi sebenar stall-stall atas jalan. Sepanjang-panjang jalan - Tung Choi Street. Lebih kurang macam Petaling Street la kiranya. Segala macam barang ada dijual. Cenderahati ada, t-shirt ada, hiasan dinding ada, segala macam beg ada dan macam-macam barangan lagi. Harga ditawarkan bukan main tinggi, tapi kena pandai minta diskaun dan buat-buat merajuk... hehe... Cuma yang dipesan dek tourist guide, kalau berkenan dengan barang, baru tanya harga, baru minta diskaun. Kalau tidak, nanti akan keluarlah sumpah-seranah dalam bahasa cina kalau kita tak jadi beli barang. Dan memang pun kami terkena dengan seorang penjual. Disebabkan si penjual tu tak fasih berbahasa Inggeris, saya pula bertanya berkali-kali nak bagi faham, akhirnya dihalau "go... go... go" dan diikuti oleh sumpah-seranah bahasa Cinanya... hahaha... dah halau, jalan jek la...





tinjau ke sana, tinjau ke sini, akhirnya tak beli apa pun... :)


Selepas lebih kurang sejam masa dihabiskan di sini walaupun tak sempat nak habis terokai semuanya... hujan mula turun renyai-renyai dan anak-anak mula merungut kepenatan. Tempat macam ni memang tak sesuai untuk anak-anak... hanya mak-mak jek yang mampu bertahan... pak-pak pun mungkin angkat tangan awal-awal... hahaha.... 


Sampailah masa untuk menuju ke hotel. Kami dibawa ke Metropark Hotel di Mong Kok. Selesai urusan check-in, kami berehat sebentar; mandi-manda bertukar pakaian (dah lebih 24 jam rasanya dengan pakaian yang sama..). Selepas ni dinner pula...





sementara tunggu abah check-in, posing di lobi


Lebih kurang pukul 5.00pm, tourist guide dah sedia menunggu di lobi hotel. Kami kemudiannya dibawa untuk dinner di restoren muslim yang lain pula - Ma's Restaurant. Kami perlu sampai dalam pukul 6.00pm kerana kata tourist guide orang tempatan biasanya akan keluar dinner awal, dikhuatiri restoren penuh. Alhamdulillah, dapatlah merasa dim-sum dan beberapa masakan cina yang lain (tak ingat namanya). Yang pasti, banyak juga penggunaan cuka dalam masakan (selepas merasa makanan berbeza di dua restoren berbeza).










Chinese food yang yummehhh...




Selesai sudah khidmat tourist guide untuk hari pertama. Selepas makan, kami terus dihantar pulang ke hotel. Di sebelah malam, memandangkan tiada aktiviti tour, kami bercadang untuk ke Ladies Market  sekali lagi dengan hanya berjalan kaki (sebab tourist guide kata tak jauh dari hotel). Baru beberapa minit berjalan, dah ada yang merungut kepenatan dan mengantuk... tak kesampaian la ke Ladies Market sekali lagi... sudahnya kami hanya berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan dan kesibukan Hong Kong di waktu malam. Masih meriah dengan kenderaan dan pejalan kaki. Kiranya kalau kita nak berjalan kaki di waktu malam, tidaklah berasa sunyi.



orang ramai, lampu cerah


Tamat sudah hari pertama tour di Hong Kong. Hari kedua dinanti dengan lebih teruja - Hong Kong Disneyland...!!








..:: Happy Reading ::..




Friday, July 12, 2013

I've Travelled To... Hong Kong (Part 1)


Siapa kenal Tony Leung atau Andy Lau atau Maggie Cheong? Kalau anda remaja di zaman 80an, mesti kenal nama-nama tu.. Pelakon-pelakon handalan drama Hong Kong... Zaman tu, tiap-tiap petang mesti ada cerita bersiri dari Hong Kong. Suka sangat menonton. Alhamdulillah, apa yang pernah ditonton di kaca tv, sudah dilihat dengan mata sendiri. Hong Kong sudah kujejaki!!

Model Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong



Rekabentuk dalaman tak ubah seperti KLIA
8/6/2013 tarikh kami berlepas dari Jeddah menuju ke Hong Kong menggunakan penerbangan Cathay Pacific. (Untuk makluman, kami sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Malaysia untuk bercuti. Singgah 3 hari 2 malam di Hong Kong). Subuh 5am 9/6/2013 kami sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Tak terasa terasing di airport ni, kenapa ya? Ahhaaa... Sebabnya rekabentuk dalaman yang moden, serupa seperti di KLIA. :) Sebelum keluar ke ruang ketibaan, kami solat subuh dulu.. di celah-celah kerusi menunggu. Mana pulak nak cari suraunya kan...(sebenarnya ada disediakan praying room berhampiran departure area)


Perjalanan kami di Hong Kong diuruskan oleh travel agensi. Pada kami, lebih mudah perjalanan menggunakan agensi, apatah lagi perlu mencari makanan halal. Kami menggunakan khidmat agensi dari Malaysia : Al-Rahala Travel & Tour. Alhamdulillah, tourist guide yang disediakan memahami keperluan kami. Dalam kepenatan (berserta jet-lag), tour hari pertama dimulakan. Sampai di awal hari, rugilah kalau tak dioptimakan percutian.


Bergerak dari airport yang berada di Pulau Lantau, kami menuju ke Pulau Hong Kong untuk city tour. Barulahku tahu... Rupa-rupanya negara Hong Kong sebenarnya terdiri daripada beberapa pulau. Ada yang dihubungkan melalui jambatan, ada juga yang dihubungkan melalui terowong bawah laut. Juga ada pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni. Ishh... isshh... iissshhh... Kenapa tak pernah tahu eehh... takde dalam geografi ke dulu? hehehe...




Yang pertama dituju ialah Golden Bauhinia Square di Wan Chai. Arca bauhinia yang berada di sini adalah lambang penyerahan Hong Kong kepada negara China pada tahun 1997. Selain daripada itu, kedudukan arca yang berlatarbelakangkan Victoria Harbour juga merupakan satu pemandangan yang cantik.







Seterusnya kami di bawa ke Repulse Bay. Mula-mula sekali cari kedai 7-11. Perut berkeroncong minta diisi. Apa sangatlah yang boleh dibeli melainkan air dan biskut; yang dibelek entah berapa kali kandungannya untuk memastikan segalanya halal. Breakfast di tepi laut sambil makan biskut. Yang kelihatan di pagi hari Sabtu, hanyalah pakcik-makcik elderly yang bersantai dan maid (Indonesian) yang membawa anjing peliharaan bersiar-siar!! "Hari minggu memang untuk bawa anjing keluar, buk". Di kawasan ni juga dikatakan terletaknya rumah pelakon terkenal Jackie Chan. Tourist guide hanya tunjuk jalan masuk ke rumahnya, rumahnya tak nampak pun...












Seterusnya, kami di bawa ke puncak sebuah bukit - Stubbs Road Lookout untuk melihat permandangan pulau Hong Kong. Wahhh.... Sesak sungguh Hong Kong dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Ditunjukkan juga pada kami tapak kawasan lapangan terbang lama. Tak boleh nak bayangkan dalam kesesakan bangunan ada landasan kapal terbang.


At this point, kami anak-beranak dah rasa 'mabuk'!! Haha.. Dengan mata terbuntang dipaksa berjaga, perut pula upset dengan perubahan waktu makan, badan masih penat perjalanan 12 jam... Malangnya tour tetap perlu diteruskan. Hotel belum boleh check-in sebelum pukul 2.00pm, manakala restoren muslim hanya bermula pukul 11.00am. (Cubaan kawtim dengan tourist guide tak berjaya!! Hahaha..)






Salah seorang pekerja memberi penerangan tentang jade kepada kami

Maka bergerak lagi ke destinasi seterusnya, pusat rekaan & jualan jade. Kedatangan kami disambut salah seorang pekerja yang membawa kami ke bilik penerangan tentang jade. Kemudian barulah ke galeri yang memeragakan segala macam batu jade dan barangan kemas. Di dalam galeri ini, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Confidential katanya. Kat sini dapat la juga membeli buah rantai untuk anak dara 2 orang tu.


Destinasi terakhir sebelum makan tengahari ialah perkampungan nelayan di Aberdeen. Perkampungan nelayan yang masih dikekalkan ciri-ciri asalnya oleh pihak kerajaan, iaitu penduduknya tinggal di dalam house-boat masing-masing. Kata tourist guide, ramai penduduk kampung ini yang dah berpindah duduk di rumah yang lebih selesa. Cuma tinggal segelintir penduduk sahaja yang masih mahu duduk di bot sendiri, itupun golongan tua yang telah lama menetap di sini. Kami menyewa satu bot yang mereka panggil 'Sampan' untuk menyusuri kawasan perkampungan unik atas air ini... Besar-besar botnya manakala laluan atas air sibuk tak ubah seperti atas jalanraya. Mereka menggunakan bot-bot kecil atau sampan-sampan kecil untuk bergerak. Sangat mengagumkan! Layankan dengan gambar-gambar berikut....


'Sampan' ride



ada house-boat, ada working-boat





yang ada penghuni





the tired us :)

Kami selesai tour terakhir dalam pukul 10am. Tapi kata tourist guide, kami masih belum boleh ke restoren kerana belum dibuka. Sementara menunggu restoren dibuka 11am, kami minta untuk berehat sahaja. Tourist guide bersetuju sahaja melihatkan muka anak-anak kepenatan. Lantas bas kami berhenti berhampiran dengan restoren dan kesemua kami tidur (termasuk tourist guide & pemandu bas)!!! Hahaha..


Lebih kurang 11.30am, kami menuju ke Islamic Center di Wan Chai; di mana terdapatnya restoren muslim juga surau. Jejak sahaja kaki ke dalam restoren, kelihatan ramainya malaysian di sini... :) Makan tengahari telah siap diuruskan oleh tourist guide. Tak lama menunggu, sampai pelbagai jenis makanan masakan cina. Walaubagaimanapun, kami tak berapa enjoy makanan di sini kerana masih 'melayan' kepenatan badan.. Makan sekadar mendapatkan tenaga sahaja...




Nantikan sambungan Part 2 - tour selepas lunch, masih di hari pertama...


..:: Happy Reading ::..