Monday, August 19, 2013

Tingkap dah cantik.. :)

Dah 4 bulan dah pindah ke rumah baru nih, sentiasa jek dapat 'direct sunlight'. Apa taknya, semua tingkap 'bogel' - tak berlangsir... haha... Dan akhirnya malam ini, sedari pukul 8.00pm tadi, ada 2 orang pekerja sedang bertungkus-lumus 'bertukang-bagai' untuk pasang langsir di semua tingkap rumah ini... Yeayyy... Dapat langsir akhirnya...!!! Tingkapku tidak bogel lagi. Hahaha...
 
Suka betullah depa bagi langsir warna coklat muda nih... Sejak tahun pertama dok sini di rumah pertama dulu, pindah rumah kedua.. sama jek warnanya... Earth color gituuu... Bolehlah... Terima kasih majikanku, sediakan semuanya..
 
Oh yaa... Untuk pengetahuan, sini sangat biasa kalau urusan-urusan 'picisan' begini dilakukan selepas waktu pejabat... Picisan gitu... hehe.. Pasang langsir, baiki air-con, line internet, line talipon dan lain-lain yang sejenis dengannya... Selamba jek derang bekerja hingga malam..


[quick update.] at 9.30pm drilling had stopped... Fuuuhhh.. lega telinga...cepat juga kerjanya, walaupun sepah ditinggalkan...



..:: Happy Reading ::..

Sunday, August 18, 2013

I've Travelled To... Bangkok (Part 1)

Ketibaan kami di Stesen Keretapi Hualampong, disambut oleh tourist guide. Perjalanan kami di Bangkok untuk 2 hari pertama diuruskan oleh travel agent tempatan.
Dari stesen keretapi, kami dibawa ke destinasi pertama - Canal Tour di Thonburi. Di sini, kami menaiki bot yang telah dihias indah menyusuri sungai Chao Pra Ya ke salah satu terusan (khlong) yang masih 'aktif' digunakan. Rupanya 'jalan air' di Bangkok masih lagi dikekalkan penggunaannya, sama sibuk seperti jalanraya.


Perjalanan kami bermula dari Sungai Chao Pra Ya... Beralun dan berombak bukan main air sungainya.... Sudahlah duduk kami di dalam bot separas air sungai.... aduuuuhhh.... kecut perut juga dibuatnya... Kejap-kejap terlambung, kejap-kejap terhenyak, kejap-kejap ada air 'splash'.... terjerit-jerit jugaklah anak-anak... (dan maknya juga!!) :)


Lebih kurang 5 minit kemudian, bot menyusuri ke salah satu khlong... Di sepanjang kiri dan kanan khlong ini, kelihatan deretan rumah-rumah yang masih lagi berpenduduk. Rekabentuk rumah-rumah ini sama seperti yang kita lihat di kampung-kampung (di Malaysia)... Dari pintu turun tangga ke beranda, dengan pelbagai pasu bunga menghiasi beranda rumah. Uniknya, berandanya berada di atas air! Ada sesetengah rumah, motobot di parkir di tepi beranda. Umpamanya kami memasuki sebuah kampung.... Bezanya kampung ini terletak di atas air, jalannya adalah sungai, kenderaannya adalah bot... Menarik sungguh!!


Terdapat beberapa laluan yang diselusuri oleh bot kami, sekejap masuk simpang kiri, sekejap masuk simpang kanan... jangan lupa, perlu diperhatikan 'kenderaan' dari arah berbeza... hehe... jika simpangnya sempit, salah satu 'kenderaan' perlu berhenti dan beri laluan kepada 'kenderaan' yang lagi satu... Tak ubah seperti sistem jalanraya... tinggal lagi tiada lampu trafik mahupun polis trafik... hehe... Dan salah satu tarikan ketika menyusuri khlong ni ialah memberi ikan makan, berhampiran dengan sebuah wat. Siap dijualkan roti (lebih berupa bun 6 biji yang berharga 10 baht bersamaan RM1 sahaja!!) di pintu masuk wat... penjual menghulurkan roti tersebut menggunakan bakul yang diikat pada kayu, jadi kami tidak perlu turun dari bot. Roti-roti inilah yang diberikan pada ikan. Bila dicarik-carik rotinya dan campakkan ke dalam air, melompat-lompat ikan-ikan berebutkan roti. Banyak betul ikannya... sangat banyak....!! Cuma tak tahu jenis apa, nak bertanya, pemandu bot tidak boleh berbahasa Inggeris...


Ada jugak bot kami dihampiri sampan menjual cenderamata... berusaha si penjual mengayuh sampannya menghampiri bot kami.... dah berusaha juga dia cuba menjual barangannya sambil berpaut pada bot kami seakan tidak mahu melepaskan pelanggan yang satu ini...


Selesai tour di khlong, barulah kami dibawa ke hotel. Ketika ini perut masing-masing dah berkeroncong. Mujur berhadapan hotel ini ada restoren muslim. Dapatlah terus makan tanpa perlu mencari-cari. Usai makan kami hanya berehat di bilik. Masih kepenatan dengan perjalanan keretapi sebenarnya. Hinggalah malam menjelma, kami turun semula ke restoren muslim yang sama untuk makan malam pula. Dan jalan-jalan cuci mata sekitar kawasan hotel sahaja....


Tamat sudah hari pertama di Bangkok. Nantikan perjalanan hari kedua pula.










..:: Happy Reading ::..

Saturday, August 3, 2013

'Jauhnya' berjalan..

Wahhh... Semalam buat rekod memandu dan meronda terbaekk punya ... bulan ramadhan pulak tu... Sungai Buloh - Shah Alam - Putrajaya - Puchong - KL Sentral - Jalan Hang Tuah - PJ - Bangsar - Damansara Damai - Sungai Buloh. Bukan sekadar lalu yaaa...!!!
Seawal 9.30am, kami (my family and cousin Che' Zura) keluar dari Saujana Utama menuju ke Shah Alam. Masuk ke UiTM bertemu Angah Fairuz untuk ambik baju-baju melayu sang jejaka (hehe..!).
Terus ke Putrajaya, menuju ke Wisma Putra. Tujuannya nak buat pengesahan sijil terjemahan. Walaupun kira ketinggalan zaman, saya nak kata "kagum" dengan Putrajaya!! :P Santek sangat pembangunannya. Selalu tuju ke kawasan masjid, tak pun Alamanda je, sampai tak perasan bangunan kerajaan santek-santek belaka!! (Soooo ketinggalan!! haha..)
 

Menjelang tengahari, urusan seri paduka baginda selesai, kami bergerak pula ke Puchong. Kali ni menuju ke rumah Assakof - ada urusan 'jual-beli'. 1. Speedlite untuk Canon 40D 2. Biskut Almond Crunch. Personal soping gitu...


Selepas solat Jumaat, kami terus ke KL Sentral - ambil cousin sorang lagi Che' Yah dari opis sebab kami nak pergi shopping!! Kenanga Warehouse Center (KWC), here we come!!! Terletak di Jalan Hang Tuah, KWC ni pusat membeli-belah segala jenis pakaian secara pukal mahupun persendirian. Banyak tauuuu pakaiannya.. Ada 6 tingkat taauu.. Pakaian wanita ada, pakaian lelaki ada, pakaian kanak-kanak ada, pakaian muslimah ada, pakaian tradisional pun ada... Murah-murah pulak tu... Memang kelabu mata wooooo... Nasib baik dah nak bukak puasa, kena la selesaikan urusan soping dengan cepat... hehe.. Jadi, kami terpaksalah tinggalkan KWC dengan berat hati. Hahaha...
 
Destinasi seterusnya - PPUM. Hajatnya nak ziarah si kecil Amani anakanda Zarina. Dah 3 minggu rupanya si comel ni di ICU. Boleh rujuk entrinya di sini - http://abidwaliyad.wordpress.com/2013/08/02/amani-bronkoskopi/. Kesian betul melihatkan segala wayar yang ada, walaupun sebenarnya keadaannya tak la kritikal tapi mungkin disebabkan saiz Amani yang kecik, segala wayar tu la yang nampak jelas. :) Dalam pada tu sempat la jugak posing dgn mama Amani. Hehe.. Nak jugakkk!! Pas tu kena sound dengan nurse "tak boleh tangkap gambar yeee". Alaaa... Satu jek... Hahaha...

Oh yaa.. Masa sampai di PPUM ni memang dah masuk waktu berbuka. Kami hanya berbuka dengan air dan roti dulu. Selepas ziarah, kami bercadang nak berbuka di Bangsar. Jadi dari PPUM, kami menuju ke Bangsar pula. Angannya nak makan di Station 21; gerai western yang steaknya sangat mabelesss... Oh well... That was so many years ago!! Bila sampai di kawasan food court tu, dah macam tak 'bermaya' dah... Gerai-gerai pun tinggal beberapa jek.. Station 21 pun tak kelihatan. Alahaiii... Nak makan pun tak selera. Jom cari tempat lain...
Kami teruskan destinasi, kali ni ke Damansara Damai. Katanya Station 21 dah pindah ke situ. By the time kami sampai Damansara Damai dah menghampiri pukul 10.00pm. Wahhh... Happening betul Damansara Damai sekarang ni.. Jauh berbeza dari zaman kami menetap di sana dulu.. dah 10 tahun yang lepas rupanya. Anyway, hajat tetap tak kesampaian sebab Station 21 tutup tak beroperasi!! Kuciwa!! Dan memandangkan malam dah lewat, kami makan jugalah di salah satu gerai yang ada sebab dah kelaparan.

Berakhirlah sudah perjalanan seharian kami hari ini. Selepas makan, kami menuju pulang ke Saujana Utama. Penatnyaaaaa... Bila dikira-kira perjalanan hari ni.. wooowww.. cecah 14 jam tu... tapi rasa seronok.... :-)









..:: Happy Reading ::..