Tuesday, October 22, 2013

Menyambut Eid Adha 1434H

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Tahun ini kami menyambut eid adha di bumi barakah, Madinah Al-Munawarrah, setelah 6 tahun berlalu. Nikmat tidak terkata dengan rezeki yang Allah berikan pada kami.
Kemeriahan mula terasa seawal 5 petang pada 9 Zulhijjah. Dataran Masjid Nabawi sudah dipenuhi oleh lautan manusia untuk berbuka puasa sambil bersedekah pelbagai jenis makanan. Alhamdulillah, dapat merasa kemeriahan ini terutama dengan anak dara berdua yang turut berpuasa. Tak henti-henti kami menerima pemberian makanan. Malu pula terasa..., hanya 'menerima' dan tidak 'memberi'. Tidak terjangka sungguh suasana begini... Dikorek-korek beg tangan, ada jugalah beberapa biji gula-gula... Dapatlah juga melakukan sedikit sedekah. Alhamdulillah.


10 Zulhijjah kami mulai seawal 4.30am. Bersiap-siap solat Subuh di Masjid Nabawi, langsung menunggu solat eid adha. Namun masih tak mampu melangkah ke ruang dalam masjid, 'tersangkut' di dataran sahaja. Begitu ramainya hamba Allah yang berada di Masjid Nabawi ini... Usai solat subuh, kami bertakbir sambil menyaksikan panaroma matahari terbit yang sangat mengasyikkan. Subhanallah...


Usai solat eid adha pula, kami hanya melepak di dataran masjid menunggu suasana agak reda sebelum bergerak pulang ke hotel. Sambil itu melihat gelagat manusia yang pelbagai aksi dan anak-anak yang meriah berpakaian cantik.



This is indeed a such wonderful and priceless experience!! Allahuakbar!!




..:: Happy Reading ::..

Saturday, October 19, 2013

I've Travelled to.. Bangkok (Day 2)

(Siri bercuti ke Bangkok bersambung lagi.... )

Hari kedua bermula seawal 6.00am, gara-gara mahu mengelakkan kesesakan lalu-lintas di bandar Bangkok. Difahamkan traffic di bandar Bangkok sangat sesak di waktu-waktu puncak (mengalahkan KL). Perjalanan hari ini perlu keluar dari bandar Bangkok menuju ke Damnoen Saduak kira-kira 100 km dari bandar Bangkok, yang terletak di daerah Ratchaburi.

Destinasi pertama ialah Damnoen Saduak Floating Market. Di pertengahan perjalanan kami ditunjukkan (van tidak berhenti) perusahaan garam ("Salt Field"). Dari kenderaan yang sedang bergerak, dapat dilihat yang perusahaan garam ini dilakukan di kawasan tanah lapang dan di petak-petak segiempat (seperti petak sawah). Di setiap petak kelihatan keputih-putihan. Agaknya itulah mineral garam yang telah terhasil. Kelihatan juga para pekerja sedang mengumpulkan mineral tersebut menjadi beberapa longgokan sebelum dibungkus ke dalam guni-guni. Alangkah menariknya jika dapat dilihat dengan lebih dekat.



Ketika kami sudah menghampiri Damnoen Saduak, hujan mulai turun, tidak terlalu lebat tidak juga renyai-renyai. Gusar juga melihatkan cuaca begitu, bimbang tiada apa yg 'floating' nanti. Dan ketika sampai di destinasi, hujan renyai-renyai masih lagi turun.
Floating Market merupakan cabang perniagaan di Thailand yang menggunakan jalan air. Para peniaga menggunakan sampan-sampan atau bot-bot kecil untuk menjalankan perniagaan mereka. Hatta makanan yang dimasak on-the-spot juga ada. Yang menjadikan pasar ini lebih menarik ialah para pengunjung pasar ini turut perlu menaiki bot-bot kecil. Maka berselisihlah bot-bot milik penjual juga pembeli. Jika ada urusniaga ingin dilakukan, kedua-dua bot penjual serta pembeli akan berhenti bersebelahan. Sambil berpaut pada bot masing-masing, urusniaga jual-beli dilakukan dalam keadaan bot teroleng-oleng dilanggar ombak kecil. Ianya pengalaman yang sangat menyeronokkan walaupun sedikit kecewa kerana sangat kurang peniaga disebabkan hujan.


Dari Floating Market, kami dibawa ke Elephant Village pula. Di keseluruhan negara Thailand, elephant village, elephant farm dan elephant sanctuary memang sangat banyak... Yang kami tujui Elephant Village masih di kawasan Damnoen Saduak. Sempat mencuba elephant ride yang melalui denai di dalam hutan dan merentasi sungai yang cetek.... Fun!!



Seterusnya kami di bawa ke Cobra Show, juga masih di dalam kawasan yang sama. Di sini kami sempat menyaksikan aksi-aksi persembahan ular dan penjaganya (?)... Well, as expected, ada aksi cium ular, ada aksi letak kepala ular dalam mulut dan sebagainya.... ada juga, dibawa ular pada penonton untuk dipegang mahupun bergambar (jika berani!!)... Selepas show, boleh pusing-pusing  kawasan ini untuk melihat pelbagai jenis ular yang dipamerkan.


Destinasi terakhir di daerah Ratchaburi ini ialah perusahaan ukiran kayu. Pelbagai ukiran kayu dapat dilihat... bukan setakat yang sudah siap, malahan dapat juga kita melihat tukang ukir sedang melakukan kerja-kerja ukiran mereka.... semuanya dilakukan secara terbuka... ada yang melakukan lukisan pada kayu, ada yang melukis dahulu pada kertas, ada yang mengukir di atas lantai, ada juga yang mengukir pada table top...


Hasil ukiran mereka sangat-sangat teliti.... pelbagai corak ukiran yang dihasilkan.... yang kasar, yang halus, yang besar pun ada..... dan kami juga diberitahu bahawa banyak daripada hasil ukiran ini di eksport ke negara luar... hanya mampu melihat sahaja.... tak terjangkau poket masing-masing... :)



Tamat sudah perjalanan hari kedua kami.... dari perusahaan ukiran kayu, kami terus pulang ke hotel.
By the way, untuk pengetahuan, kami membawa bekal makanan untuk melapik perut.... al-maklum, dalam kepanasan dan kepenatan, pasti makan dan minum yang dicari.... jadi untuk memastikan kami makan makanan halal, bawalah sendiri makanannya!! 



..:: Happy Reading ::..

Monday, October 14, 2013

Today is 9 Zulhijjah 1434

Alhamdulillah... Still alive, still breathing, still healthy in another day of Arafah Day today... Brothers and sisters, families and friends, let's all have a great Arafah day today, insyaAllah... 



لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ


Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 

tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.







..:: Happy Reading ::..