Friday, December 13, 2013

The 2 deliveries: yang gembira; yang sedih

2 berita yang kami terima dari 2 orang yang berbeza, sebenarnya dikategorikan berita gembira... walaupun ditajukkan 'sedih', sebenarnya tak sepatutnya jadi sedih... hehe.. dan memandangkan kedua-duanya berada di Malaysia, makanya kami hantarkan hadiah sebagai pengganti diri.... 

Yang pertama pada 11/12/13 (eehh...ehh.. baru perasan date spesel), penghantaran sejambak coklat ferrero rocher ke Kuantan; khas untuk adinda tersayang Fiza dan Fazlee yang baru menerima cahayamata ketiga. Dah berumur sebulan pun anak terunanya... Mereka sekeluarga nih sebenarnya 'rakyat' Rabigh, berjiran dengan Yanbu... inilah 'family' terdekat kami, dah macam adik-beradik... insyaAllah kekal baik hubungan kekeluargaan kita hendaknya... (p/s tak sabar nak tunggu korang balik sini bawak baby Farid Haziq jalan-jalan Yanbu)


Berita yang kedua pula, gembira dalam sedih... 12/12/13 kami terima berita seorang sahabat  seorang adik - Khairulliza akan meneruskan perjuangan phdnya di New Zealand... dan akan meninggalkan Malaysia malam ini (Jumaat 13/12/13)!! Gembira kerana usaha untuk menyambung pengajian dan mendapatkan tempat di NZ tercapai.... tapi sedihnya sebab tak dapat bertemu lagi sehingga tamat pengajiannya nanti... (pertemuan setahun sekali akan kurang 'keahlian' untuk tahun mendatang... huhu..)
Apapun, doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu sahabat.... dan sekali lagi, hanya hadiah menjadi pengganti diri.... insyaAllah kita bertemu lagi dengan kejayaan yang tercipta olehmu....