Wednesday, October 29, 2014

...It's a small world after all...

Budak kenit ni surprised us with his confident performance during YIS UN Day celebration on Sunday (27/10/2014). And he was in pre-school just about 2 weeks before...



Sunday, October 19, 2014

Good Friends

You know you have good friend when....

she's always there to talk too..
she always gives you positive vibes..
she always accepts your silence..
she always supports your decision..
she always reminds what is forgotten...
she always remember you though you are far apart..


walau tanpa bicara, walau tanpa kata-kata, sahabat sejati akan sentiasa saling memahami...


exactly 10 days after this entry was posted, I found the wall decorative exactly as what I wanted to express here


And you will get bonus point from a good friend when she gives you surprise with a jaw-dropping-speechless-gift!! Hahaha.... :) Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga.... You know who you are sista ... :<

lurveeeeeeesss this wristlet and the color too...


With or without gift, I love you all my good friends...

Tuesday, October 7, 2014

Buah mangga vs Kunci mangga

Kupikirkan pulang ke tanahair, mudahnya berbicara bahasa melayu..... namunnnnn....

Masuk ke 7-11 di Damansara Perdana, terus kubertanya "kunci mangga ada?"... senyap... tiada jawapan... owwhh... bukan warganegara rupanya... baiklah tukar soalan "do you sell padlock?" Masih senyap tiada jawapan sambil mukanya memandangku dengan penuh kemuskilan..
 
Alamak... apa ni... bahasa melayu tak reti, bahasa inggeris pun tak paham... mana gaya nak niaga nih yop ooiii.... Sudahnya dia tanya, "is it a type of food?"

Aduhaiiii... buah mangga ye ler type of food... kunci mangga mana boleh makan dek non... dan ku berlalu dari situ... good bye!!

Thursday, October 2, 2014

heavy load...

Pagi ni semasa bersiap untuk keluar dari rumah, dok berkira-kira banyaknya beg nak dibawa, handbag la, beg macbook la, beg telekung la... Lepas tu kunci kereta dan handphone pun nak pegang siap-siap; sebagai langkah keselamatan katakan... aduhhh... macam king-kong plak rasa.... kiri-kanan tangan digunakan sepenuhnya.... hahaha....
Rupa-rupanya, fenomena biasa untuk wanita.... masuk ke kawasan parking kereta, kelihatan ramai lagi wanita yang sama "keking-kongannya"... so, I presume it is normal for ladies to be heavy-loaded... hahaha....


Sunday, September 28, 2014

Kisah selimut

Ini pelik... Bayangkan perjalanan selama hampir 8 jam jeddah-kuala lumpur tidak dibekalkan sama sekali dengan selimut!! Sejuk wwooiiiiii.... Pramuguri hanya mampu menjawab "tiada selimut hari ini. Nanti saya suruh supervisor naikkan suhu ac." Aiiikk... Gitu pulak... Dah macam naik kereta pula....
Mmmmm... Individual blower dah ditutup terus, masih terasa kesejukan... Terpaksalah menjadikan beg galas sebagai selimut kaki.... Tangan diselimut dengan sarung tangan extra... Jadilah..... Sementara nak tunggu temp ac ditinggikan....


P/s mujur takde anak-anak ... Kalau tak mesti masing-masing akan kesejukan...

P/s lagi... ramai pula pramugari bangsa Pakistan (atau yang sewaktu dengannya) kat saudi airlines ni....



..:: Happy Reading ::..

Saturday, September 27, 2014

Kisah kasut di Airport Jeddah

nak dikatakan serius, kelakar jugak... nak dikatakan panik, ketawa jugak.... ceritanya... dahlah kali pertama travel sendirian... dalam cuak, beranikan diri... dari Yanbu sampai ke Jeddah elok-elok masuk waktu maghrib.. alang-alang masih berwuduk dari airport Yanbu, terus menuju ke surau untuk solat maghrib... selesai solat, ketika melangkah keluar dari surau, nampak hanya sebelah kasut berada dia depan pintu.... mmmm... mana pulak lagi sebelah nih... berpusing-pusing seketika memerhatikan setiap kasut yang ada depan pintu... memang tiada... aaahhhh... sudah... ni kelakar seram namanya...!!  dengan berkasut hanya sebelah, cubaan mencari kasut dalam radius yang lebih jauh dari surau menemui kegagalan.... hhuhuhu.... adoiii laaaa.... macamana nak naik kapal terbang tanpa kasut nih..... nak panik ke nak gelak ke..... kasut dah la lama, tak berjenama pulak tu... nekad nak jalan dengan kasut sebelah ke arah kedai-kedai free-tax area tu... mudah-mudahan ada jual kasut.... sebelum tu, report pada boipren dulu.... sambil bercerita, sambil gelak.... boipren pun pelik, macamana la pulak kasut boleh hilang sebelah aja... dalam pada bersembang dan tercangak-cangak mencari kasut, lalu seorang cleaner lelaki dengan troli peralatan pembersihan. Dia pun macam tercangak-cangak dan akhirnya dia tunjukkan kasut sebelah kiri!! Alhamdulillah..... kasut ku sudah ditemui...!! syukran... syukran... katanya kasut tu ditemui nun di sebelah sana... sambil dia buat muka pelik dan cuba nak bercerita tapi kompem ku tak paham.... hahaha... terima kasih banyak-banyak wahai saudara penemu kasut ku.... kini ku sudah berkasut semula... hahaha...

kasut yang sudah ditemui.... bukan cantik mana pun.... hahaha... 

Tuesday, September 23, 2014

Sekali sakit datang....

Sesekali seisi keluarga sakit... paling parah kalau maknya terlibat sama... adoiii laaaaa.... semua jadi tak keruan.... mujurnya hari ni public holiday sempena Saudi National Day.
Menjelang petang, demam anak-anak masih tak kebah... ER la jawabnya... untungnya hospital RCMC ni, kes-kes biasa pun masih diterima ER. Maka beramai-ramai kita menuju ke ER..
Moga diberi kesembuhan pada kita semua, InsyaAllah...

Tuesday, September 16, 2014

Amalan atau budaya, sama ke?


Inilah ucapan paling kerap didengari dan diucapkan selama berada di YUC khususnya dan Arab Saudi amnya. Bila sahaja bertembung dengan rakan sekerja terutamanya warga tempatan (mahupun bangsa arab bukan Saudi), pastilah kedengaran "Assalamualaikum, how are you?" dan disambut pula "Wa'laikumsalam, alhamdulillah.."  sangat kerap, sehingga antara kami, ianya umpama menjadi amalan atau mungkin budaya... atau sama sahajakah keduanya? Apapun, yang pasti ianya sesuatu yang positif untuk dilakukan.... insyaAllah semoga mendapat keberkatan...

Sunday, September 14, 2014

Semut api di Paka

Haiwan kecil yang biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia... menjadi sangat luar biasa bagi anak-anak kami yang dibesarkan di perantauan...
Kisah cuti musim panas lepas, ketika menziarah ahli keluarga di Paka, Terengganu; kereta berhenti di hadapan rumah sepupu, anak-anak turun dari kereta betul-betul di atas sarang semut api... lantas menjerit-jeritlah kedua-duanya... dihurungi dan digigit 'segerombolan' semut api. Asalnya kelihatan kelakar, namun menjadi sebaliknya kerana anak-anak perantau sangat panik diserang semut api sehinggakan terlompat-lompat dan menangis-nangis kesakitan.. 
Aduhai anak... banyak lagi pengalaman haru ditempuhi di tanahair sendiri....

gambar dari google




p/s semut api ada di mana sahaja yaaa.. bukannya di Paka semata... hehe...

Thursday, September 4, 2014

Laluan baru...

Haiishhhh... betul ke ni? Takde angin, takde ribut, takde topan.... tetiba jekkk....

Moga-moga Allah permudahkan segala urusan, Moga-moga Allah redhai laluan baru yang dipilih ini... semoga tuan badan istiqamah dan bertabah sentiasa....

Friday, August 29, 2014

Medical Tourism

Cuti musim panas kami tahun ni memang dah ala-ala tourist dah gayanya.... tema cuti: medical tourism....
Sejak seminggu jejak kaki ke bumi malaysia, tak berhenti ulang-alik ke hospital untuk consultation.. insyaAllah untuk bagi kepuasan pada diri sendiri mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik dari tanahair sendiri.... hati pun gembira mendapat segala maklumat yang diperlukan...
1. Rawatan susulan untuk 'intermediate uveitis' dengan Prof. Dr. Muhaya Mohamad di Prince Court Medical Centre. 3 kali perjumpaan...  bukan konsultasi mata sahaja diperolehi bahkan konsultasi motivasi turut diperolehi.... alhamdulillah...
2. Pemeriksaan mata tahunan untuk anak-anak bertiga dengan Dr. Azura Ramlee juga di Prince Court Medical Centre. Dr. Azura mempunyai kepakaran untuk pediatric. Sangat informative berkaitan kerabunan anak-anak...
3. Pemeriksaan Ortopedik di Ara Damansara Medical Centre dengan Dr. Shamsul untuk masalah muscle tear suami.
4. Sesi terapi ortopedik di Ipoh Specialist Centre untuk suami, berkaitan muscle tear dah leher.
5. Pemeriksaan 'vestibular neuritis' di Ipoh Specialist Center untuk ayahanda, di saat-saat paling terakhir sebelum kami pulang ke Saudi meninggalkan bumi Malaysia :(
Syukur Alhamdulillah, pulang ke Saudi dengan tahap pengetahuan berkaitan kesihatan yang lebih baik.... kami semua sihat... ayahanda di sana pun dah semakin sihat sekarang....

Tuesday, August 26, 2014

Manissssss....

Cuti panjang dah berakhir... tanahair tercinta dah ditinggalkan... tiba masa untuk kembali ke 'dunia nyata'... :)

Tahun akademik baru dah pun bermula... hanya menunggu masa untuk semester baru ini berjalan...

Kelaziman di minggu pertama mula bekerja adalah majlis sambutan 'Welcoming back' bersekali dengan sambutan Eid.. dan menjadi budaya masyarakat tempatan untuk menjamu berjenis-jenis manisan.... pelbagai jenis kek, pelbagai jenis sweet savoury, pelbagai jenis bun... masyaAllah, manis-manis belaka.... diserikan pula dengan hidangan kopi kahwa.... Alhamdulillah... pasti ini menjadi kenangan terindah....





Friday, July 25, 2014

Priceless Expression

Semalam, kami sekeluarga berbuka di Pizza Hut Tasek di Ipoh... dalam perjalanan balik kampung untuk beraya....
Kami sampai di situ sebenarnya baru  melepasi waktu berbuka.... (masing-masing hanya berbuka dengan air dahulu). Ketika ini suasana dalam restoren sangat sibuk... para pelayan sibuk menghantar pesanan makanan ke meja-meja pelanggan... lama juga menunggu to-be-seated... ye lah... dah sampai pun wrong timing.... Pelayan pun dah macam acuh tak acuh, dengan muka yang jelas nampak kepenatan.... Sekali lagi perlu menunggu untuk pelayan mengambil pesanan kami... Kesian pulak melihat kesemua pelayan dalam restoren yang tak berhenti bergerak.... dari serving counter ke meja pelanggan... Entah bagaimana mereka berbuka agaknya... Pasti berbuka ala kadar sahaja.... kesian.... Anyway, akhirnya menggunakan 'the power of hand' (pinjam kata2 Harith Iskandar.. hehe...), pesanan kami diambil oleh seorang pelayan lelaki muda yang juga jelas nampak kepenatan sambil menulis pesanan kami hanya di atas kertas kosong bukannya kertas pesanan sebenar. Agak cuak mulanya.... tapi alhamdulillah selepas 10 minit menunggu si pelayan tadi datang semula dengan resit. Dan sambil menunggu pesanan, kami memerhati; setiap pelayan memang tidak ada yang 'tuang'... semuanya sentiasa bergerak... ya allah... kesian pun ada... berbuka ala kadar, tapi tenaga digunakan non-stop. Semoga beroleh keberkatan kamu semua.... Dan akhirnya sebelum beredar, kami berikan sedikit duit raya untuk pelayan lelaki yang melayan kami. Terkejut dia.... "banyak sangat ni bang", katanya.... rezeki kamu dik, ambillah... dan dia pun tersenyum dan nampak sangat gembira meneruskan kerja-kerjanya yang lain; hilang segala kepenatan di wajahnya.... "Priceless Expression" betapa tindakan kecil kita dapat menggembirakan orang lain......

Thursday, July 24, 2014

Serigala di Ipoh

Cepat... cepat... warga Ipoh sekelian... serigala besar yang jahat dah sampai Ipoh.... moh ler kita serangggg!!! Hahaha.... What I mean is the Big Bad Wolf Book Sale is in Ipoh....!!!

Crazy betullahhhhhh.... crazy tengok harga buku murah-murah.... Lekaih kome... bawak anak-anak ahli keluarga semua... ni ler salah satu cara nak memupuk budaya membaca.... beli buku banyak-banyak masa ni..... simpan buat stok membaca....

Adlina and Alisya melilau mencari buku sampai dah tak tau mana satu nak ambik... masing-masing kena book-panick-attack...!! Hahahaha.... sabor anak-anak... you have all the time you need... pelan-pelan pilih....

Tapi memang best la harga dia.... kebanyakan buku yang dipegang semuanya bawah RM30... dan yang paling best buku Jamie Oliver pun RM20 jek!!!! In the end, Mamanya, abahnya & anak-anaknya main ambik jek....  we bought entah berapa biji buku (dalam 2 kotak kecik) baru cecah RM300..




Sunday, June 29, 2014

Ubat mata

2 botol ubat bertujuan memberi jalan menyembuhkan mata; dari 2 perspektif berbeza...
Botol kanan - steroid eye drop; ubat dari doktor, preskrip dari RCMC yang perlu dititiskan setiap 4 jam...
Botol kiri - BUKAN pelembap mata eye-mo yang sebenar... hehe... botol eye-mo telah dikosongkan dan digantikan dengan air zam-zam; penawar segala penyakit!! Dalam keadaan yang punca uveitis tidak diketahui, ramai sahabat yang mencadangkan penggunaan air zam-zam... Pada mulanya agak malas juga nak diamalkan memandangkan sukar untuk mengawal titisan air zam-zam ke dalam mata. Hinggalah diberikan idea menggunakan botol eye-mo oleh seorang sahabat di Yanbu (thank you soooooo much Ira ).  Apabila dikelilingi sahabat2 yang prihatin dan sangat mengambil-berat, yang malas menjadi rajin, yang susah menjadi senang, yang sakit bertambah baik... Thank you friends....!!

Friday, June 27, 2014

Tuesday, June 24, 2014

A Visit to PCMC

Today marked another memorable day of my life....

About 2 weeks ago...

My treatment and assessment for uveitis is still on weekly basis. As I'm going back to Malaysia for summer holiday, I need to look for a specialist in KL to continue the treatment and assessment; at the same time getting second opinion. I started browsing from 1 medical center to another, finding information about ophthalmologist who is specialist in uveitis.  With a very short list of ophtalmologists with uveitis subspecialist in hand, I've managed to get an appointment with the most sought-after ophthalmologist from Prince Court Medical Center (PCMC) - Prof. Dr. Muhaya. Alhamdulillah, an appointment is already secured with a most experienced ophthalmologist on 24/6/2014 at 11.30am.

(Note: PCMC website provide the functionality to request for appointment online)

Earlier today....

Arrived in PCMC at about 9.45am. Settled registration in less than 15 minutes. Need to do some assessment tests prior to consultation session with Prof. Dr. Muhaya.


I need to do more than 2 tests (the 2 usual tests usually done in RCMC).


It was about 1pm when my name was eventually called. Mixed feeling as I entered the consultation room - nervous, eager, excited, suspense.... finally managed to get a second opinion from my beloved country and from an opthalmologist that is soooo in demand for her ophthalmology expertise and motivational talks. I would say that within 30 minutes of consultation time, 50% of the time is for medical advices and another 50% is actually motivational talk.

A good doctor indeed!!

As for the uveitis I had, she said that my eyes are recovering... alhamdulillah... and I need to continue the same medication I brought from RCMC.

Prof. Dr. Muhaya even praised Dr. Fouad for the good treatment that he had been given me all this while. Alhamdulillah....

So, in another 2 weeks time, another appointment with Prof. Dr. Muhaya is waiting.... (mmmm... hope that I can have a photograph with her then... hehe...)

Alhamdulillah... thank you ya Allah... you make things ease for my treatment... and my eyes are responding well to the medication and are now recovering....
Thank you Prof. Dr. Muhaya for the non-medical advices you gave me.. insyaAllah I will push the best of me physically, spitirually and mentally...

Thursday, June 19, 2014

Last day @ YIS

Last day of school, the most awaited day by the girls and meeeee!!! Girls are excited as it will be only half-day school session with partying, enjoying and photographing sessions. And mum is even more happier, summer holidays has eventually started!!!
Alisya's class had party, she requested for malaysian tradisional dishes. However, rejected by mum!! Hehe... Because mum is already preparing RV cupcakes for a different event... just bring the same one dear... Senang cerita...
So, a tray of 12 rv cuppies for alisya's class....

Anyway, on the same last day of school, the event that mum was involved with is participating for Teachers' Luncheon at YIS. PTO of YIS is the organising committee, served teachers with lunch as a way of expressing our gratitute towards all teachers of YIS for teaching our children.
I contributed some food: potato-cheese balls, chicken pie, jelly....



And with some good news coming from RC regarding YIS, mum happily add another menu: RV cake accompanied by few RV cuppies...



Wednesday, June 18, 2014

Banyaknya kena makan...

Hari ni ada satu lagi appointment dengan doktor di Internal Medicine Clinic. Rutinnya untuk pemeriksaan hypertension sahaja selepas case uveitis ditutup. Namun disebabkan uveitis datang semula, Dr. Hala adalah pula doktor yang sama, lalu dignosis terkini dimaklumkan kepadanya.
Dr. Hala tidak mencadangkan sebarang ujian terbaru memandangkan ujian yang dibuat dalam tempuh 6 bulan kesemuanya negatif. Namun beliau lebih memfokuskan kepada medication yang sedang diambil iaitu steroid dalam dos yang tinggi. Menurut Dr. Hala, akan terdapat kesan terhadap pengambilan steroid dalam dos yang tinggi. Yang utamanya berkaitan hypertension. Tekanan darah bermungkinan untuk meningkat dengan pengambilan steroid. Lantas beliau mencadangkan untuk mengambil sejenis lagi pil hypertension untuk mengawal tekanan darah. Seterusnya, pil kalsium dan vitamin D. Menurut doktor, pengambilan steroid dalam dos tinggi akan turut memberi kesan kepada kesihatan tulang serta sendi. Supplement calcium dan vitamin D diperlukan utk mengurangkan kesan pengambilan steroid.
Jadi, altogether 6 jenis pil perlu diambil setiap hari di mana 5 adalah untuk mengawal dan mengurangkan kesan steroid. Allahu... Saat pertama kali berdepan dengan 6 pil sekaligus, rasa seperti ingin mencurah-curah air mata turun.... I can be assured that this is the only moment (so far insyaAllah) that I need to take up to 6 medicines at a time. How I feel so helpless to be in control by the medicines! Ya allah, please help me to go through this easily....






..:: Happy Reading ::..

Tuesday, June 17, 2014

Selamat Jalan Wahai Sahabat

Bermulanya cuti musim panas Jun 2014, melangkahnya kami pulang ke kampung halaman dan sekembalinya nanti kami ke Yanbu, 'hilang' lagi 3 sahabat.
Masing-masing punyai agenda rancangan masa depan tersendiri... Ada yang mencari rezeki di tempat baru dan ada yang ingin pulang ke tanahair. Apa jua pun rancangannya, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian di mana jua berada... Sebak pasti terasa... Bukan tempoh penentu keakraban, namun wujudnya 'hubungan kekeluargaan' membuatkan hati menjadi sayu melihat kalian pergi...
Buat Nik dan Din, adik-adikku who has always had a special place in our heart... Semoga perjalanan hidup di tempat baru akan mewarnai hidup kalian... This could also be a reason for us to travel to your place.. Hehe... :)
Buat Erah dan Kamal, kalian berdua istimewa orangnya... Kalian berdua antara insan yang terawal dan konsisten berkomunikasi secara maya (dari Malaysia) dengan kami di Yanbu, gigih mendapatkan informasi dan 'khidmat-nasihat'. Kami rasa sangat-sangat teruja dapat membantu kalian dengan sedikit pengalaman yang ada... Dan pastinya blog ini antara medium penyambung silaturrahim antara kita selama ini... InsyaAllah, berkekalan hendaknya... Semoga apa jua perancangan kalian kelak akan lebih membahagiakan.... insyaAllah...
Terakhir dan yang terpaling istimewa, buat Masdihana dan En. Leman... Masakan dapat dilupa kenangan kita bersama di Yanbu... Antara 'peneroka' terawal di Yanbu, tak terhitung banyaknya kenangan kita... susah-senang, suka-duka, pahit-manis, tawa-ria, tangis-gembira.... 6 tahun yang pelbagai... MasyaAllah... Sometimes words can't just describe everything.... But I'm sure the memories remain fresh in our mind and our heart...!!








Allah ya allah... Rasa begitu bersyukur ditemukan dengan insan-insan yang istimewa di Yanbu, menjadi sebahagian keluarga kami, mewarnai kehidupan kami, menjadi memori kenangan kami... Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada salah-silap terkasar-bahasa secara sedar atau tidak.... Semoga Allah meredhai dan memberi kemudahan dalam apa jua perancangan masa depan kita semua.... InsyaAllah... Sampai kita ketemu lagi...




..:: Happy Reading ::..

Monday, June 16, 2014

YIS Graduation Ceremony

Another experience.... Attending the high school graduation ceremony in YIS.
We were invited by Kak Mardiana and Abang Nasir to celebrate their son's graduation - Rudin. Congratulations Rudin!!! And thank you so much Kak Mar for making us part of your joy and happiness... celebrating a memorable event together... We really appreciate it and really happy to be part of your family... We are one big happy family..!! InsyaAllah, our ❤️ will last forever...


The invitation card...






The graduating students..






Rudin receiving his diploma...






Refreshment area...







P/s sorry, kualiti gambar tidak memuaskan.. Guna hp sahaja sambil memangku hero yang tido... huhu..


..:: Happy Reading ::..



Sunday, June 8, 2014

After 1 week..

After a week taking 60mg of prednisolone tablet and drops of prednisolone acetate everyday, Alhamdulillah... inflammation subsided. My eyes are so much better now. Infact, my right eye responded faster towards the medication compared to left eye. My vision is getting better (reading at 1.0L/0.8R). With this good improvement, I don't require any injection to the eye. I only need to continue with the oral medication.
Alhamdulillah... Thank you Allah..!! Thank you to all that pray for my health.



..:: Happy Reading ::..

Tuesday, June 3, 2014

Jamuan Akhir Sem. 132

Tinggal lagi 2 hari jek nak bekerja sebelum cuti summer yang panjangggg... Jadi hari ni jabatan kami buat jamuan akhir tahun (end of academic year). Jamuan secara potluck... Masing-masing bawak satu atau dua dish. Kami malaysian yang bertiga ni memang malas nak bawak dish malaysian sebabnya akhirnya kami juga yang kena perabihkan. Kaum negara lain memang la tak pernah nak mencuba pun... Setakat mencuit di hujung jari jek.. Haha...
Jadinya, inilah hasilnya dariku...









Red velvet cake with cream cheese frosting petal effect design. First time try design ni weehhh... Senang jek nak buatnya... Cuma tang atas permukaan tu jek yang tak cekap lagi finishingnya... Anyway, dah habis semuanya alhamdulillah.... Memang kekenyangan dan mengantukkk... ZzzZzzZzz dulu... Bye...









.:: Happy Reading ::..


Monday, June 2, 2014

[Health Info] Uveitis Recurs...

Approximately 6 months after I was diagnosed having Bilateral Intermediate Uveitis (refer to this entry .... http://ejalz.blogspot.com/2013/11/health-info-bilateral-intermediate.html?m=0).....
I have had my regular check-up with my opthalmologist yesterday (1/6/2014). He started by asking if I have any complain regarding the floaters in my eyes. Well, I do have complains... Firstly, the floaters are increasing from the past few weeks in both eyes... Secondly, my vision is getting cloudy... Meaning, I can see things but not so clear as though I'm looking through smoke...
Test began with visual acuity test... I don't exactly remember what the result was (maybe 0.6L/0.7R) but it was definetly not good because my eyes are immediately dilated (in previous normal check-up, the doctor would test using ophthalmoscope first and later dilated my eyes to confirm the results).
And yesterday, the test using ophthalmoscope were done twice for each eyes by Dr. Fouad! That already gave a bad indicator. And what made me felt even worst, when he requested for another consultant Dr. Mohamad to do the same test! Okay this rang some bell... This is exactly what happened 6 months ago when 3 different ophthalmologists, performed the test and came to the same conclusion - I had uveitis! And it happened again yesterday. After 2 different ophthalmologists performed the same tests, I knew that uveitis recurred!!
Ya Allah... It was a shocking news though expected... Shocked as Dr. Fouad said that both eyes are now equally in worst condition. Expected as my vision are worsen. I need to take oral steroid medication for a week. Next Sunday will be re-assessed. If the inflammation doesn't subside, both eyes needs to be treated aggresively. And by 'aggresive', meaning my eyes need to be injected with steroid - both eyes left and right! One at a time though, doctor said.
Dear Allah, please give me strength to face this condition for the second time. Dear Allah, please give me patience dealing with all the deficiencies.... Dear Allah, please forgive me for whatever 'dosa' that I've made... Please make ease every process of healing my eyes.... Only in you ya Allah that I trust...




..:: Happy Reading ::..

Monday, May 19, 2014

"The Warung"

Sesekali makcik terlibat sepenuh masa dalam International Day (ID) di YIS, vavavooommmm... all out okay....
ID ni yearly event di YIS, di mana bagi setiap negara yang ada student di YIS akan terlibat di dalam ID. Tahun ini seperti yang dulu, Malaysia melibatkan diri dalam 2 acara - persembahan pentas dan booth.
Yang makcik nak cerita pasal booth ajer ler yaaa... Sebabnya tahun ni makcik diberi kepercayaan untuk menguruskan bahagian booth. Memula tu ketor la jugak kepala lutut. Tak penah makcik keroje dekat booth memana pun, inikan pulak nak menghasilkan dan menguruskan booth... Debor weiii...
Selepas mendapatkan beberapa orang rerakan menjadi teman AJK untuk booth, kami bersetuju untuk menggunakan 1 tema khas untuk represent booth Malaysia. Tema yang terpilih 'Warung Sarapan Pagi' - warung yang menyediakan makanan untuk sarapan pagi dari Malaysia. Segala-galanya disediakan berdasarkan bentuk warung yang sebenarnya. Dari bumbungnya ke makanannya ke meja makannya, hatta bekas makanan pun dicari yang menyerupai bekas buluh.
Dalam tempuh masa 2 minggu sahaja dan pertemuan bersama hanya 2 kali, alhamdulillah yang kami impikan dan angankan menjadi kenyataan.


 

Ramai yang terkejut, ramai yang mengagumi... Bukan calang-calang booth yang kami hasilkan! Syukur alhamdulillah... Makcik mendapat kerjasama dan komitmen yang sangat-sangat tinggi dari ahli kumpulan. Terima kasih ahli warung - Pn. Masdihana, Pn. Sariena, Pn. Jamilah, Pn. Maizatul, Pn. Azriana, Pn. Adibah, Pn. Azna serta En. Zikhan dan En. Nizam yang membantu dari segi pertukangan. Tanpa idea dan bantuan kalian, takkan terhasil booth yang cantik ini....


 




Nota 1: terima kasih banyak-banyak juga untuk adinda Ummu Naufal kerana banyak menyumbangkan idea walau tak dapat bersama secara fizikalnya...

Nota 2: jika diperhatikan terdapat banting KLCC di celah warung kami. Ianya ditaja oleh Qatar Airlines, yang turut bersama memeriahkan ID 2014.



..:: Happy Reading ::..

Saturday, April 12, 2014

Sleep-over

Pendek tajuknya... Hehe... Straight to the point katanya...
Alkisahnya anak-anak yang bercuti tapi mak-pak bekerja. Ke mana pun tak boleh... Duduk terperuk di rumah... Kasihannnn...
Dek kebosanan 'bergaduh' sesama sendiri (alisya-adlina; adlina-akram; akram-alisya; hahaha), maka alisya request untuk buat sleep-over.
4 orang jek pun yang available, jadilah dapat buat sleep-over berenam sekali alisya dan adlina. Lepas maghrib hari khamis lepas dah ajak semuanya datang. Dinner dulu dengan pizza dan ayam goreng Jollybee (tajaan cik yan). Kemudian bersiap untuk solat isya' beramai-ramai.



Usai solat, masing-masing dah sibuk siapkan tempat melepak di ruang tamu utama untuk movie-time!! Bentang comforter, sediakan selimut-bantal, pajak projector, display kat dinding putih, pilih movie and enjoyyy....



Lepas tu, mama dah taktau pukul berapa kanak-kanak ni tidur... Ingatkan lepas movie semua berlayar, rupa-rupanya dok main lagi sampai tengah malam.
Jumaat pagi, lepas breakfast, masing-masing kena kerah kemas tempat tidur...



Lepas tu sambung lagi main...



Bila nampak kebosanan mula melanda, mama ajak main frosting plak.. Jom deco cupcake...



Suka bukan main dapat main frosting and sugar sprinkles, pas tu terus ngappp... :)
Menjelang asar masing-masing beransur pulang... Janjinya semalam aja... Mak-mak semuanya baru first-time nak lepas anak dara kenit sleep-over kat rumah kami... So untuk percubaan bagi semalam dulu... :)
Jangan risau mak-mak sekelian, anak-anak dara ni pandai je membawa diri di rumah orang walaupun kenit lagi... Depan mak jek yang angin ngada tu melanda... Hehe...
InsyaAllah, lain kali kita buat lagi ya girlsss...



..:: Happy Reading ::..

Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday

Sometimes you'll just be surprised...


You'll never know when your 4 years old boy showed interest in science!!



..:: Happy Reading ::..

Tuesday, March 18, 2014

Bersyukurlah sentiasa...

Beberapa bulan yang lepas, 'terjumpa' dengan rakan satu sekolah menengah melalui fb, setelah bertahun-tahun terputus hubungan. (Gantikan namanya dengan Kiah untuk senang bercerita)
Macam-macam 'dibualkan', sambil mengimbau kenangan ketika di bangku sekolah, cerita tentang orang itu dan ini. Dalam kerancakan bercerita, tersebut satu nama, yang kemudiannya baruku tersedar Kiah tidak mengenalinya kerana dia bukanlah rakan satu sekolah tetapi sebenarnya rakanku di universiti. Terdiam sekejap si Kiah. Immediately I apologized and said I was confused which is which... Been schooling in many different instituition and been working in many different places. And she responded.... "Untunglah kau... banyak sekolah dah merasa, ramai kawan ada... Matrikulasi, universiti, tempat kerja lagi... Aku ni lepas STPM, terus kerja dan di tempat sama pulak tu. Tapi aku gembira dgn husband dan anak-anak. Tak lama lagi nak ke Mekah utk umrah. "
Terasa tamparan lembut di situ....!! Me, also you and many others might have been ignorant all this while. We are actually have always been blessed in every different ways... What is important, being grateful to Allah swt always... Always!! He has the best planning for us!




..:: Happy Reading ::..

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370

Dah lebih 48 jam MH370 hilang, tiada khabar berita. Jika diikut logik akal, sudah pasti MH370 tidak mampu terbang lagi. Jika di darat, di manakah ia, hatta jika terhempas sekalipun, di manakah ia...? Pelbagai persoalan jika.... jika.... dan jika.... bermain di benak fikiran orang ramai. Namun jangan lupa pesanan ini.... Sebesar manapun kapal terbangnya, secanggih manapun teknologi digunakan, sehebat manapun pilot terlatih membawa, seramai manapun jentera penggerak mencari, HEBAT LAGI KUASA ALLAH SWT!!
Usah berteori, usah berkongsi berita tak pasti, berdoalah kita yang menanti penuh keresahan ini...
Bantu kami ya Allah... Jika ia masih di langit, turunkanlah, jika ia di dasar laut, timbulkanlah, jika ia di darat, bukakanlah mata kami melihatnya. Bantu kami ya Allah.... Permudahkanlah urusan mencari mereka, permudahkan urusan keluarga yang menanti... Bantu kami ya Allah.... Sesungguhnya hanya padaMu kami bermohon... Aminnnn....





..:: Happy Reading ::..

Sunday, February 23, 2014

Belajar refleksi diri

Kata orang, perpisahan itu sungguh menyakitkan. Namun, perpisahan jugalah yang banyak mengajar erti kasih-sayang.
Jika diberi pilihan, sesungguhnya aku tidak sanggup untuk melaluinya sekali lagi... Terbiasa bersama selama hampir 14 tahun usia perkahwinan kami, kepulangan suami ke Malaysia bermula 31/1/2014 hingga 22/2/2014 sangat-sangat memberi kesan kepada diriku. Banyak sungguh 'pelajaran' yang kami perolehi dari perpisahan sementara ini. Betapa 'kehilangan' mampu membuat kita berfikir begitu mendalam sekali. Betapa penting perlu berkomunikasi demi menjaga sebuah perhubungan jarak jauh.
Fasa 'remaja bercinta' berulang semula. Hp sentiasa di tangan, saling bertukar mesej sambil tersenyum sendirian. Bangun pagi hp dicari dulu dan ucapan 'selamat pagi' pun menjadi begitu besar maknanya...
Sesungguhnya perpisahan sementara ini menjadi titik untuk refleksi diri. Begitu banyak perkara yang telah kami 'take for granted'. Kasih-sayang sebenarnya tidak pernah kurang. Api cinta marak menyala...
InsyaAllah akan kuperbaiki segala kekurangan. Semoga Allah pelihara rumahtangga dan keluarga kita selamanya. Aminnn...
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang ini kepada kami. Sesungguhnya segala kejadian ada hikmahnya...


Nota kaki: entri ditulis sambil sabar menunggu kepulangan suami beberapa minit sahaja lagi. Hari ini dan beberapa hari lagi adalah hari senyum sampai ke telinga. Sabar je lah yaaa :)


..:: Happy Reading ::..

Friday, February 21, 2014

Bazar Konsulat 1/2014

Hentian pertama dalam perjalanan pulang dari Mekah ialah di Konsulat Malaysia di Jeddah. Kebetulan pada Jumaat 24/1/2014, konsulat Malaysia di Jeddah telah menganjurkan bazar yang pertama untuk tahun ini. Pelbagai gerai jualan dibuka oleh rakyat Malaysia. Ada satay, ada ABC, laksam, nasi tomato dan banyak lagi makanan tradisi kegemaran kita semua. Inilah masanya nak menikmati segala jenis makanan Malaysia. Yang paling penting, kami nak beli sos cili Life !! Banyak permintaan dari Yanbu. hahaha.... Sampai terkejut la Puan Neeza (isteri konsulat) melihat suamiku mengusung 2 karton sos cili. :)
Apapun, seronok dapat bertemu rakan-rakan di Jeddah setelah sekian lama terperuk di 'kampung halaman' sahaja. Hehe...
InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki pasti kita bertemu lagi...

Perjalanan kami disambung menuju ke Rabigh berkonvoi bersama adinda Fazlee dan Fiza.


..:: Happy Reading ::..

Thursday, February 20, 2014

Umrah pertama @ 2014

Alhamdulillah, di awal tahun 2014 ini, kami diberi rezeki oleh Allah swt untuk menunaikan umrah kami yang pertama untuk tahun ini.
Di celah kesibukan musim cuti persekolahan Saudi (hujung Januari yang lalu), sungguh tak diduga, diberi ruang untuk kami menginap di hotel yang jaraknya begitu dekat dengan Masjidil Haram. Allahuakbar!! Istimewanya kami menjadi tetamuMu ya Allah... Lebih-lebih lagi inilah kali pertama anak dara sulungku menunaikan umrahnya sebagai seorang yang telah baligh.
Dengan jemaah yang begitu ramai, alhamdulillah kami sentiasa mendapat ruang untuk bersolat di dalam masjid. Malah sempat juga mengiringi 2 jenazah yang baru sampai ke masjid untuk disolatkan. Pengalaman pertama kami melihat dari dekat jenazah diusung ke dalam masjid, berlumba-lumba jemaah lain ingin turut serta mengiringi dan mengusung jenazah.
InsyaAllah moga ini bukan umrah kami yang terakhir... Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu sekali lagi.








..:: Happy Reading ::..

Tuesday, January 28, 2014

Adlina dah layak ambil UPSR...

Laaa.... dah nak sebulan tahun baru berlalu rupanya... Takde post/entry baru pun dalam sebulan ni... Tak sangka diriku MALAS begitu sekali. Huhu...
Untuk permulaan, meh kita berkongsi cerita serba-sikit...
UPSR tu ada ke lagi yaaa?? Main tulis jek pun... hehe... Sebenarnya, Adlina dah pun berumur 12 tahun pada 16/1/2014 yang lepas. Kalau berada di Malaysia, patutnya dalam darjah 6, akan ambil UPSR hujung tahun nanti... Hehe... Selingan jek tu, takde kaitan...
Untuk harijadi yang ke-12 ni, kakak (ke maknya?? hehe..) request untuk celebrate birthday dengan kawan-kawan rapat (malaysian) pada hujung minggu (yakni sehari selepas birthday).
Dengan short-notice begitu, maknya bertungkus-lumus memerah otak mencari idea untuk party (kononnn perah otak!! haha). Dapatlah tema 'slumber party', berparty hingga sleep-over.
Happy birthday kakak Adlina!! A special chocolate cake loads with sweets baked by mama and decorated together with Alisya and Akram, only for you....



Seronok kawan-kawan semua tengok cake banyak gula-gula. Kek ke gula-gula ni? Hehe...




Malam menjelma, masing-masing dah bersedia untuk movie-time. Siap pacak projektor, pancarkan movie ke dinding dalam main hall. Keluar segala comforter, bantal dan selimut. Masing-masing bergelimpangan kat atas karpet jek. Lepas satu, satu movie keluar. Ntah tidur pukul berapa mama pun taktau.



Macam-macam gaya.... Janji kakak happy dengan kawan-kawan...
Hope this would be one of the most memorable birthday for you!!


..:: Happy Reading ::..

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Hari ni hari ucapan sedunia... :) Sana-sini orang mengucapkan Selamat Tahun Baru.. So, let's join them.... Selamat Tahun Baru 2014 !!! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....  eeerrr... sebenarnya semoga kita yang lebih baik tahun ini dari tahun-tahun sebelumnya.... (bukan setakat tahun jek yang baik... :p).. lain-lain ucapan sama jek lah macam yang you all dah terima ehhh... hahaha... 
Anyway, pesanan yang baik di tahun baru ni dari Mufti Ismail Menk: "If you need it, buy it. If you just want it, think very hard about it"