Tuesday, January 28, 2014

Adlina dah layak ambil UPSR...

Laaa.... dah nak sebulan tahun baru berlalu rupanya... Takde post/entry baru pun dalam sebulan ni... Tak sangka diriku MALAS begitu sekali. Huhu...
Untuk permulaan, meh kita berkongsi cerita serba-sikit...
UPSR tu ada ke lagi yaaa?? Main tulis jek pun... hehe... Sebenarnya, Adlina dah pun berumur 12 tahun pada 16/1/2014 yang lepas. Kalau berada di Malaysia, patutnya dalam darjah 6, akan ambil UPSR hujung tahun nanti... Hehe... Selingan jek tu, takde kaitan...
Untuk harijadi yang ke-12 ni, kakak (ke maknya?? hehe..) request untuk celebrate birthday dengan kawan-kawan rapat (malaysian) pada hujung minggu (yakni sehari selepas birthday).
Dengan short-notice begitu, maknya bertungkus-lumus memerah otak mencari idea untuk party (kononnn perah otak!! haha). Dapatlah tema 'slumber party', berparty hingga sleep-over.
Happy birthday kakak Adlina!! A special chocolate cake loads with sweets baked by mama and decorated together with Alisya and Akram, only for you....



Seronok kawan-kawan semua tengok cake banyak gula-gula. Kek ke gula-gula ni? Hehe...




Malam menjelma, masing-masing dah bersedia untuk movie-time. Siap pacak projektor, pancarkan movie ke dinding dalam main hall. Keluar segala comforter, bantal dan selimut. Masing-masing bergelimpangan kat atas karpet jek. Lepas satu, satu movie keluar. Ntah tidur pukul berapa mama pun taktau.



Macam-macam gaya.... Janji kakak happy dengan kawan-kawan...
Hope this would be one of the most memorable birthday for you!!


..:: Happy Reading ::..

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Hari ni hari ucapan sedunia... :) Sana-sini orang mengucapkan Selamat Tahun Baru.. So, let's join them.... Selamat Tahun Baru 2014 !!! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....  eeerrr... sebenarnya semoga kita yang lebih baik tahun ini dari tahun-tahun sebelumnya.... (bukan setakat tahun jek yang baik... :p).. lain-lain ucapan sama jek lah macam yang you all dah terima ehhh... hahaha... 
Anyway, pesanan yang baik di tahun baru ni dari Mufti Ismail Menk: "If you need it, buy it. If you just want it, think very hard about it"