Sunday, February 23, 2014

Belajar refleksi diri

Kata orang, perpisahan itu sungguh menyakitkan. Namun, perpisahan jugalah yang banyak mengajar erti kasih-sayang.
Jika diberi pilihan, sesungguhnya aku tidak sanggup untuk melaluinya sekali lagi... Terbiasa bersama selama hampir 14 tahun usia perkahwinan kami, kepulangan suami ke Malaysia bermula 31/1/2014 hingga 22/2/2014 sangat-sangat memberi kesan kepada diriku. Banyak sungguh 'pelajaran' yang kami perolehi dari perpisahan sementara ini. Betapa 'kehilangan' mampu membuat kita berfikir begitu mendalam sekali. Betapa penting perlu berkomunikasi demi menjaga sebuah perhubungan jarak jauh.
Fasa 'remaja bercinta' berulang semula. Hp sentiasa di tangan, saling bertukar mesej sambil tersenyum sendirian. Bangun pagi hp dicari dulu dan ucapan 'selamat pagi' pun menjadi begitu besar maknanya...
Sesungguhnya perpisahan sementara ini menjadi titik untuk refleksi diri. Begitu banyak perkara yang telah kami 'take for granted'. Kasih-sayang sebenarnya tidak pernah kurang. Api cinta marak menyala...
InsyaAllah akan kuperbaiki segala kekurangan. Semoga Allah pelihara rumahtangga dan keluarga kita selamanya. Aminnn...
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang ini kepada kami. Sesungguhnya segala kejadian ada hikmahnya...


Nota kaki: entri ditulis sambil sabar menunggu kepulangan suami beberapa minit sahaja lagi. Hari ini dan beberapa hari lagi adalah hari senyum sampai ke telinga. Sabar je lah yaaa :)


..:: Happy Reading ::..

Friday, February 21, 2014

Bazar Konsulat 1/2014

Hentian pertama dalam perjalanan pulang dari Mekah ialah di Konsulat Malaysia di Jeddah. Kebetulan pada Jumaat 24/1/2014, konsulat Malaysia di Jeddah telah menganjurkan bazar yang pertama untuk tahun ini. Pelbagai gerai jualan dibuka oleh rakyat Malaysia. Ada satay, ada ABC, laksam, nasi tomato dan banyak lagi makanan tradisi kegemaran kita semua. Inilah masanya nak menikmati segala jenis makanan Malaysia. Yang paling penting, kami nak beli sos cili Life !! Banyak permintaan dari Yanbu. hahaha.... Sampai terkejut la Puan Neeza (isteri konsulat) melihat suamiku mengusung 2 karton sos cili. :)
Apapun, seronok dapat bertemu rakan-rakan di Jeddah setelah sekian lama terperuk di 'kampung halaman' sahaja. Hehe...
InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki pasti kita bertemu lagi...

Perjalanan kami disambung menuju ke Rabigh berkonvoi bersama adinda Fazlee dan Fiza.


..:: Happy Reading ::..

Thursday, February 20, 2014

Umrah pertama @ 2014

Alhamdulillah, di awal tahun 2014 ini, kami diberi rezeki oleh Allah swt untuk menunaikan umrah kami yang pertama untuk tahun ini.
Di celah kesibukan musim cuti persekolahan Saudi (hujung Januari yang lalu), sungguh tak diduga, diberi ruang untuk kami menginap di hotel yang jaraknya begitu dekat dengan Masjidil Haram. Allahuakbar!! Istimewanya kami menjadi tetamuMu ya Allah... Lebih-lebih lagi inilah kali pertama anak dara sulungku menunaikan umrahnya sebagai seorang yang telah baligh.
Dengan jemaah yang begitu ramai, alhamdulillah kami sentiasa mendapat ruang untuk bersolat di dalam masjid. Malah sempat juga mengiringi 2 jenazah yang baru sampai ke masjid untuk disolatkan. Pengalaman pertama kami melihat dari dekat jenazah diusung ke dalam masjid, berlumba-lumba jemaah lain ingin turut serta mengiringi dan mengusung jenazah.
InsyaAllah moga ini bukan umrah kami yang terakhir... Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu sekali lagi.








..:: Happy Reading ::..