Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday

Sometimes you'll just be surprised...


You'll never know when your 4 years old boy showed interest in science!!



..:: Happy Reading ::..

Tuesday, March 18, 2014

Bersyukurlah sentiasa...

Beberapa bulan yang lepas, 'terjumpa' dengan rakan satu sekolah menengah melalui fb, setelah bertahun-tahun terputus hubungan. (Gantikan namanya dengan Kiah untuk senang bercerita)
Macam-macam 'dibualkan', sambil mengimbau kenangan ketika di bangku sekolah, cerita tentang orang itu dan ini. Dalam kerancakan bercerita, tersebut satu nama, yang kemudiannya baruku tersedar Kiah tidak mengenalinya kerana dia bukanlah rakan satu sekolah tetapi sebenarnya rakanku di universiti. Terdiam sekejap si Kiah. Immediately I apologized and said I was confused which is which... Been schooling in many different instituition and been working in many different places. And she responded.... "Untunglah kau... banyak sekolah dah merasa, ramai kawan ada... Matrikulasi, universiti, tempat kerja lagi... Aku ni lepas STPM, terus kerja dan di tempat sama pulak tu. Tapi aku gembira dgn husband dan anak-anak. Tak lama lagi nak ke Mekah utk umrah. "
Terasa tamparan lembut di situ....!! Me, also you and many others might have been ignorant all this while. We are actually have always been blessed in every different ways... What is important, being grateful to Allah swt always... Always!! He has the best planning for us!




..:: Happy Reading ::..

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370

Dah lebih 48 jam MH370 hilang, tiada khabar berita. Jika diikut logik akal, sudah pasti MH370 tidak mampu terbang lagi. Jika di darat, di manakah ia, hatta jika terhempas sekalipun, di manakah ia...? Pelbagai persoalan jika.... jika.... dan jika.... bermain di benak fikiran orang ramai. Namun jangan lupa pesanan ini.... Sebesar manapun kapal terbangnya, secanggih manapun teknologi digunakan, sehebat manapun pilot terlatih membawa, seramai manapun jentera penggerak mencari, HEBAT LAGI KUASA ALLAH SWT!!
Usah berteori, usah berkongsi berita tak pasti, berdoalah kita yang menanti penuh keresahan ini...
Bantu kami ya Allah... Jika ia masih di langit, turunkanlah, jika ia di dasar laut, timbulkanlah, jika ia di darat, bukakanlah mata kami melihatnya. Bantu kami ya Allah.... Permudahkanlah urusan mencari mereka, permudahkan urusan keluarga yang menanti... Bantu kami ya Allah.... Sesungguhnya hanya padaMu kami bermohon... Aminnnn....





..:: Happy Reading ::..