Saturday, April 12, 2014

Sleep-over

Pendek tajuknya... Hehe... Straight to the point katanya...
Alkisahnya anak-anak yang bercuti tapi mak-pak bekerja. Ke mana pun tak boleh... Duduk terperuk di rumah... Kasihannnn...
Dek kebosanan 'bergaduh' sesama sendiri (alisya-adlina; adlina-akram; akram-alisya; hahaha), maka alisya request untuk buat sleep-over.
4 orang jek pun yang available, jadilah dapat buat sleep-over berenam sekali alisya dan adlina. Lepas maghrib hari khamis lepas dah ajak semuanya datang. Dinner dulu dengan pizza dan ayam goreng Jollybee (tajaan cik yan). Kemudian bersiap untuk solat isya' beramai-ramai.



Usai solat, masing-masing dah sibuk siapkan tempat melepak di ruang tamu utama untuk movie-time!! Bentang comforter, sediakan selimut-bantal, pajak projector, display kat dinding putih, pilih movie and enjoyyy....



Lepas tu, mama dah taktau pukul berapa kanak-kanak ni tidur... Ingatkan lepas movie semua berlayar, rupa-rupanya dok main lagi sampai tengah malam.
Jumaat pagi, lepas breakfast, masing-masing kena kerah kemas tempat tidur...



Lepas tu sambung lagi main...



Bila nampak kebosanan mula melanda, mama ajak main frosting plak.. Jom deco cupcake...



Suka bukan main dapat main frosting and sugar sprinkles, pas tu terus ngappp... :)
Menjelang asar masing-masing beransur pulang... Janjinya semalam aja... Mak-mak semuanya baru first-time nak lepas anak dara kenit sleep-over kat rumah kami... So untuk percubaan bagi semalam dulu... :)
Jangan risau mak-mak sekelian, anak-anak dara ni pandai je membawa diri di rumah orang walaupun kenit lagi... Depan mak jek yang angin ngada tu melanda... Hehe...
InsyaAllah, lain kali kita buat lagi ya girlsss...



..:: Happy Reading ::..