Monday, May 19, 2014

"The Warung"

Sesekali makcik terlibat sepenuh masa dalam International Day (ID) di YIS, vavavooommmm... all out okay....
ID ni yearly event di YIS, di mana bagi setiap negara yang ada student di YIS akan terlibat di dalam ID. Tahun ini seperti yang dulu, Malaysia melibatkan diri dalam 2 acara - persembahan pentas dan booth.
Yang makcik nak cerita pasal booth ajer ler yaaa... Sebabnya tahun ni makcik diberi kepercayaan untuk menguruskan bahagian booth. Memula tu ketor la jugak kepala lutut. Tak penah makcik keroje dekat booth memana pun, inikan pulak nak menghasilkan dan menguruskan booth... Debor weiii...
Selepas mendapatkan beberapa orang rerakan menjadi teman AJK untuk booth, kami bersetuju untuk menggunakan 1 tema khas untuk represent booth Malaysia. Tema yang terpilih 'Warung Sarapan Pagi' - warung yang menyediakan makanan untuk sarapan pagi dari Malaysia. Segala-galanya disediakan berdasarkan bentuk warung yang sebenarnya. Dari bumbungnya ke makanannya ke meja makannya, hatta bekas makanan pun dicari yang menyerupai bekas buluh.
Dalam tempuh masa 2 minggu sahaja dan pertemuan bersama hanya 2 kali, alhamdulillah yang kami impikan dan angankan menjadi kenyataan.


 

Ramai yang terkejut, ramai yang mengagumi... Bukan calang-calang booth yang kami hasilkan! Syukur alhamdulillah... Makcik mendapat kerjasama dan komitmen yang sangat-sangat tinggi dari ahli kumpulan. Terima kasih ahli warung - Pn. Masdihana, Pn. Sariena, Pn. Jamilah, Pn. Maizatul, Pn. Azriana, Pn. Adibah, Pn. Azna serta En. Zikhan dan En. Nizam yang membantu dari segi pertukangan. Tanpa idea dan bantuan kalian, takkan terhasil booth yang cantik ini....


 




Nota 1: terima kasih banyak-banyak juga untuk adinda Ummu Naufal kerana banyak menyumbangkan idea walau tak dapat bersama secara fizikalnya...

Nota 2: jika diperhatikan terdapat banting KLCC di celah warung kami. Ianya ditaja oleh Qatar Airlines, yang turut bersama memeriahkan ID 2014.



..:: Happy Reading ::..