Friday, August 29, 2014

Medical Tourism

Cuti musim panas kami tahun ni memang dah ala-ala tourist dah gayanya.... tema cuti: medical tourism....
Sejak seminggu jejak kaki ke bumi malaysia, tak berhenti ulang-alik ke hospital untuk consultation.. insyaAllah untuk bagi kepuasan pada diri sendiri mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik dari tanahair sendiri.... hati pun gembira mendapat segala maklumat yang diperlukan...
1. Rawatan susulan untuk 'intermediate uveitis' dengan Prof. Dr. Muhaya Mohamad di Prince Court Medical Centre. 3 kali perjumpaan...  bukan konsultasi mata sahaja diperolehi bahkan konsultasi motivasi turut diperolehi.... alhamdulillah...
2. Pemeriksaan mata tahunan untuk anak-anak bertiga dengan Dr. Azura Ramlee juga di Prince Court Medical Centre. Dr. Azura mempunyai kepakaran untuk pediatric. Sangat informative berkaitan kerabunan anak-anak...
3. Pemeriksaan Ortopedik di Ara Damansara Medical Centre dengan Dr. Shamsul untuk masalah muscle tear suami.
4. Sesi terapi ortopedik di Ipoh Specialist Centre untuk suami, berkaitan muscle tear dah leher.
5. Pemeriksaan 'vestibular neuritis' di Ipoh Specialist Center untuk ayahanda, di saat-saat paling terakhir sebelum kami pulang ke Saudi meninggalkan bumi Malaysia :(
Syukur Alhamdulillah, pulang ke Saudi dengan tahap pengetahuan berkaitan kesihatan yang lebih baik.... kami semua sihat... ayahanda di sana pun dah semakin sihat sekarang....

Tuesday, August 26, 2014

Manissssss....

Cuti panjang dah berakhir... tanahair tercinta dah ditinggalkan... tiba masa untuk kembali ke 'dunia nyata'... :)

Tahun akademik baru dah pun bermula... hanya menunggu masa untuk semester baru ini berjalan...

Kelaziman di minggu pertama mula bekerja adalah majlis sambutan 'Welcoming back' bersekali dengan sambutan Eid.. dan menjadi budaya masyarakat tempatan untuk menjamu berjenis-jenis manisan.... pelbagai jenis kek, pelbagai jenis sweet savoury, pelbagai jenis bun... masyaAllah, manis-manis belaka.... diserikan pula dengan hidangan kopi kahwa.... Alhamdulillah... pasti ini menjadi kenangan terindah....