Sunday, September 28, 2014

Kisah selimut

Ini pelik... Bayangkan perjalanan selama hampir 8 jam jeddah-kuala lumpur tidak dibekalkan sama sekali dengan selimut!! Sejuk wwooiiiiii.... Pramuguri hanya mampu menjawab "tiada selimut hari ini. Nanti saya suruh supervisor naikkan suhu ac." Aiiikk... Gitu pulak... Dah macam naik kereta pula....
Mmmmm... Individual blower dah ditutup terus, masih terasa kesejukan... Terpaksalah menjadikan beg galas sebagai selimut kaki.... Tangan diselimut dengan sarung tangan extra... Jadilah..... Sementara nak tunggu temp ac ditinggikan....


P/s mujur takde anak-anak ... Kalau tak mesti masing-masing akan kesejukan...

P/s lagi... ramai pula pramugari bangsa Pakistan (atau yang sewaktu dengannya) kat saudi airlines ni....



..:: Happy Reading ::..

Saturday, September 27, 2014

Kisah kasut di Airport Jeddah

nak dikatakan serius, kelakar jugak... nak dikatakan panik, ketawa jugak.... ceritanya... dahlah kali pertama travel sendirian... dalam cuak, beranikan diri... dari Yanbu sampai ke Jeddah elok-elok masuk waktu maghrib.. alang-alang masih berwuduk dari airport Yanbu, terus menuju ke surau untuk solat maghrib... selesai solat, ketika melangkah keluar dari surau, nampak hanya sebelah kasut berada dia depan pintu.... mmmm... mana pulak lagi sebelah nih... berpusing-pusing seketika memerhatikan setiap kasut yang ada depan pintu... memang tiada... aaahhhh... sudah... ni kelakar seram namanya...!!  dengan berkasut hanya sebelah, cubaan mencari kasut dalam radius yang lebih jauh dari surau menemui kegagalan.... hhuhuhu.... adoiii laaaa.... macamana nak naik kapal terbang tanpa kasut nih..... nak panik ke nak gelak ke..... kasut dah la lama, tak berjenama pulak tu... nekad nak jalan dengan kasut sebelah ke arah kedai-kedai free-tax area tu... mudah-mudahan ada jual kasut.... sebelum tu, report pada boipren dulu.... sambil bercerita, sambil gelak.... boipren pun pelik, macamana la pulak kasut boleh hilang sebelah aja... dalam pada bersembang dan tercangak-cangak mencari kasut, lalu seorang cleaner lelaki dengan troli peralatan pembersihan. Dia pun macam tercangak-cangak dan akhirnya dia tunjukkan kasut sebelah kiri!! Alhamdulillah..... kasut ku sudah ditemui...!! syukran... syukran... katanya kasut tu ditemui nun di sebelah sana... sambil dia buat muka pelik dan cuba nak bercerita tapi kompem ku tak paham.... hahaha... terima kasih banyak-banyak wahai saudara penemu kasut ku.... kini ku sudah berkasut semula... hahaha...

kasut yang sudah ditemui.... bukan cantik mana pun.... hahaha... 

Tuesday, September 23, 2014

Sekali sakit datang....

Sesekali seisi keluarga sakit... paling parah kalau maknya terlibat sama... adoiii laaaaa.... semua jadi tak keruan.... mujurnya hari ni public holiday sempena Saudi National Day.
Menjelang petang, demam anak-anak masih tak kebah... ER la jawabnya... untungnya hospital RCMC ni, kes-kes biasa pun masih diterima ER. Maka beramai-ramai kita menuju ke ER..
Moga diberi kesembuhan pada kita semua, InsyaAllah...

Tuesday, September 16, 2014

Amalan atau budaya, sama ke?


Inilah ucapan paling kerap didengari dan diucapkan selama berada di YUC khususnya dan Arab Saudi amnya. Bila sahaja bertembung dengan rakan sekerja terutamanya warga tempatan (mahupun bangsa arab bukan Saudi), pastilah kedengaran "Assalamualaikum, how are you?" dan disambut pula "Wa'laikumsalam, alhamdulillah.."  sangat kerap, sehingga antara kami, ianya umpama menjadi amalan atau mungkin budaya... atau sama sahajakah keduanya? Apapun, yang pasti ianya sesuatu yang positif untuk dilakukan.... insyaAllah semoga mendapat keberkatan...

Sunday, September 14, 2014

Semut api di Paka

Haiwan kecil yang biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia... menjadi sangat luar biasa bagi anak-anak kami yang dibesarkan di perantauan...
Kisah cuti musim panas lepas, ketika menziarah ahli keluarga di Paka, Terengganu; kereta berhenti di hadapan rumah sepupu, anak-anak turun dari kereta betul-betul di atas sarang semut api... lantas menjerit-jeritlah kedua-duanya... dihurungi dan digigit 'segerombolan' semut api. Asalnya kelihatan kelakar, namun menjadi sebaliknya kerana anak-anak perantau sangat panik diserang semut api sehinggakan terlompat-lompat dan menangis-nangis kesakitan.. 
Aduhai anak... banyak lagi pengalaman haru ditempuhi di tanahair sendiri....

gambar dari google




p/s semut api ada di mana sahaja yaaa.. bukannya di Paka semata... hehe...

Thursday, September 4, 2014

Laluan baru...

Haiishhhh... betul ke ni? Takde angin, takde ribut, takde topan.... tetiba jekkk....

Moga-moga Allah permudahkan segala urusan, Moga-moga Allah redhai laluan baru yang dipilih ini... semoga tuan badan istiqamah dan bertabah sentiasa....