Saturday, May 30, 2015

I Miss You

Tahu tak apa tu? Coklat !!! Cantik kan? Macam-macam design ada. Bentuk handphone pun ada, bentuk cd pun ada.. Dan kalau nak ditempah designnya pun boleh... 
Produk macam ni bukannya ada jual kat merata-rata... Cuma ada di kedai coklat... Banyak kedai coklat ada di sini; Chocoline dan Patchi yang paling famous. 
This is one of the 'things' that I would missed if I have to leave KSA... 

Thursday, May 28, 2015

Kereta sewa..

Dah 2 minggu kereta kami di bengkel.... Dan dah 2 minggu jugalah terpaksa menyewa kereta untuk bergerak ke sana-sini...
Lamanya tak sewa kereta.... Terkenang zaman 7 tahun yang lalu... Ketika mula-mula sampai di Yanbu, kereta sendiri belum ada... Nak ke mana-mana menggunakan khidmat teksi (personal number) sehingga driver teksi dah kenal kami sekeluarga... Bila nak keluar dari Yanbu pula, terpaksa mencari kereta sewa. Uniknya di sini, kaedah pengiraan sewa berbeza dari Malaysia. Pengiraan ada melibatkan jumlah kilometer... Bukan kiraan hari semata-mata... Dan kereta sewa biasanya dalam keadaan yang masih baru....
Kereta yang kami sewa untuk 2 minggu ini pastinya kereta baru (bukan second-hand)... Dengan kerusi masih berbungkus plastik, label masih terlekat di cermin dan semuanya masih berkilat lagi... Kata tokeynya dia bagi kereta baru sebab nama husband ada dalam database syarikatnya... Tip-top servis untuk returning customer gitu... Siap dengan complimentary moya... Alhamdulilah..
Good service from 'budget car rental'...

Wednesday, May 20, 2015

Ya allah... Permudahkanlah...

UPDATE: sahabatku sudah dijemput ilahi di pagi hari Jumaat yang mulia :( :(. Semoga Allah swt mengampuni segala dosanya dan ditempatkan bersama golongan solehah...


Susahnya nak luahkan... Sedih sangat terasa... Seorang sahabatku sedang 'berjuang' di wad paliatif PCMC... Namun dalam beberapa hari ini, menurut anaknya, kesihatan beliau semakin merosot... sangat-sangat sedihh....
Duhai sahabat, doa kukirimkan dari kejauhan... Semoga dirimu tabah... Ya allah yang maha pengasih... permudahkanlah segalanya untuk sahabatku... Ampunkanlah segala dosanya... Hanya engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuknya..




Monday, May 18, 2015

For me... For you... For us...


There are ups and downs in the journey... Sabarrrr..... 


Thursday, May 14, 2015

'Kehilangan' sementara kerana...

sedikit gambaran di atas 'kehilangan' entry dari blog ini semenjak 6 bulan lepas.... pertapaanku untuk menyiapkan si 'buah hati'... 3 chapters harus disiapkan sebagai persediaan untuk 'proposal defence'.  bertungkus-lumus bersekang-mata hampir setiap malam, demi untuk mengejar dateline.... 



It is not easy juggling with everything while completing the proposal, though it is not impossible. You've got to be strong in and out. You've got to have a supportive environment especially from the loves ones.....  Talk, discuss, whine, grumble, groan etc whatever you need whenever you need, but only to those who understand your journey.... cause you need to keep the positive vibes, avoid the negative ones..... InsyaAllah, Allah helps you go through....

Tuesday, May 12, 2015

Facing my fear.... :)


Saya ni sebenarnya penakut doktor walaupun sebenarnya dah jumpa pelbagai jenis specialists. Yang TERPALING gerun ialah Dentist. Memikirkan perlu ke dentist pun dah cukup mendebarkan.... Apatah lagi sememangnya perlu pergi!! Dub dab dub dab jantung ni tak berhenti-henti... Gerun... Memang gerun...
Walaubagaimanpun....... Setelah sejak semalam denyut di bahagian gigi geraham sebelah kiri tak tertahan-tahan; sampaikan 3 kali telan panadol; habis kesan ubat, denyut datang lagi... Encik suami pun memujuk si puan isteri yang penakut ini untuk ke dentist.. Dalam takut, terfikir juga "berapa kali nak kena telan panadol ni". Dah la memang dah berjenis-jenis ubat dimakan sebelum ni.. Takut pulak nak depend pada panadol lagi.. Akhirnya... menyerah kalah....

Nervously waiting for my turn... Waiting for about an hour that I can write this entry... :)

UPDATE: gigi geraham kiri dah selamat dikeluarkan lebih kurang 10pm... hehehe.... very the best doctor nihhh... lepas bius 10 minit, tak sampai 2 minit, dah selesai.... and takde la nak rasa sakit berdenyut even selepas bius hilang... alhamdulillah.... 
Succeed in facing my greatest fear!! hahahaha... 

Monday, May 11, 2015

Choice of words...

Someone in DSG shared this which I find interesting and useful for writing.... 
Please bear with the image size :)