Saturday, January 30, 2016

kelembapan yang padu

2016 sudah menyingkapkan tirainya, malahan telah sebulan berlalu.... dan hari ini genap 5 bulan sejak jawatan itu ku terima... yang baru pastilah masih dalam tempuh penyesuaian.... observe and learn... or perhaps learn while observe... yang lama pulak semakin terkial-kial, semakin merangkak-rangkak --- kelembapan yang padu bak kata kak nora (seorang kenalan dari tempat kerja lama)  

allahuuu... sedihnya mengenangkan betapa study ku sudah sedikit (banyak juga rasanya) terabai... entah berapa kali sudah ditanya supervisor.... dan untuk kesekian kalinya jawapan yang sama jua diberikan.... terlalu banyak yang perlu diuruskan di jabatan 7.30am - 4.30pm setiap hari.... pulang ke rumah kepenatan.... dapat berbaring sangat nikmat rasanya.... sebolehnya tak mahu lagi memegang macbook di rumah... huhuhu...

ya allah.... berikanku kekuatan untuk terus bersemangat meneruskan perjuangan menimba ilmu ini.... biarpun sedikit asalkan ku dapat terus bergerak dan tidak mengalah....

Tuesday, January 19, 2016

Visa ziarah: pengalaman baru

Hari ni ke Madinah... Asalnya nak teman suami menghantar borang ziarah keluarga ke pejabat MOFA. Hajatnya insyaAllah nak bawa mama and abah datang sini. Semua borang dah dilengkapkan dan disahkan oleh pegawai di RC. Hanya perlu dihantar ke pejabat MOFA sahaja. 
Turns out, memang tuan punya badan yang kena masuk hantar sendiri borang... Ada entrance untuk wanita rupanya... Mujurlah terbuka hati nak ikut teman suami... Kalau tak, balik loooiiii la incik suami... 
Untuk makluman, di tempat kami untuk memohon visa ziarah perlu: 
1. Isi borang online dari website MOFA (perlu ada nombor visa ketika mula-mula memasuki Saudi)
2. Print borang yang sudah dilengkapi
3. Salinan ijazah master dan bachelor yang sudah disahkan oleh konsulat
4. Salinan paspot diri sendiri, abah dan mama
5. Surat pengesahan jawatan
6. Salinan sijil kelahiran
7. Salinan iqama (perlu dibawa yang asli pastinya)
Kesemua dokumen di atas akan dibawa ke pejabat RC. Sebelum ini, pegawai RC yang akan hantarkan dokumen tersebut ke pejabat MOFA. Kali ni, kami berpeluang menghantar sendiri borang dan mengalami pengalaman baru. 
Dinasihatkan tahap kesabaran perlu sangat tinggi... nnggeeee... Ruang untuk wanita tidaklah seperti yang dijangkakan. Apa yang diperhatikan, ruang wanita hanya digunakan untuk menjadi pusat pengumpulan dokumen-dokumen dan memastikan kesemuanya lengkap, dari pemohon wanita. Urusan akhir tetap diserahkan ke bahagian lelaki... Jika anda orang pertama sampai dan masih ada pemohon lain datang secara berterusan selepas anda, maka bersabarlah.... Kesemuanya akan dikumpulkan bersama sebelum diserahkan kepada bahagian lelaki... huhuhu...



pppsssttt... entri ini ditulih ketika menunggu sejak borang diserahkan 40 minit yang lalu... sedang 2 orang pegawai wanita yang bertugas, nampak seperti sangat bergembira... mmmmmm... Sakit pulak hati kiteeerrrr... gggrrrrr...


Wednesday, January 13, 2016

Sisterhood .....

A post written in facebook by a dear sister here in Yanbu... I am really touched by her words.... How simple act can make other people happy.... Aminnn... aminnn... for the doaaaa..

Bermula dengan sebaris ayat gurauan. "Nanti buatkan mee udang ye," mesej saya kepadanya. Ia terhenti di situ sahaja. 
Beberapa hari kemudian, betul-betul dibawanya. Allah...terharu dibuatnya. Dibawakan kuah mee udang bersama karipap juga. MasyaAllah lebih dari yang diminta dalam gurauan mesej kepadanya. 
Biasanya jika sesama adik-beradik memang begitu. Pantang sebut, kak long atau adik akan cuba tunaikan. Maklum, saya sering berjauhan beribu batu dari keluarga di tanahair sejak sebelum kawin lagi. 
Maka, bila apa yang disebut dalam gurauan ditunaikan oleh rakan perantau di sini.... terasa seolah saya punya seorang kakak lagi, sepertimana kaklong dan adik, ketika di perantauan ini. Alhamdulillah. 
Subhanallah. Hati lembutnya ditiupkan Allah perasaan ihsan kepada gurauan selamba rakan yang belum pernah merasa mee udang yang disebut-sebut oleh ramai kenalan di Malaysia. 
Semoga kerana hati itulah, bakal membawa jasadnya ke syurga kelak dengan izinNya. Benarlah kasih dan sayang sememangnya telah dipekejkan bersama kejadian setiap makhluk ciptaanNya. Ini di antaranya.