Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Badminton

Ni salah satu sukan riadah kegemaran... selalu main depan rumah jek pun... pagarlah yang jadi net... biasanya main berdua dengan kakyong - my only sister... kadang-kadang, kawan-kawan jiran main sekali... jarang-jarang, mama pun join sekaki.... 
Minatnya pada badminton gitu-gitu jek sebenarnya, takda la beria-ria sangat... masa tu kan zaman kegemilangan keluarga Sidek menguasai arena badminton negara... dalam pada tu pernah la masuk 'selection' untuk team sekolah, masa di sekolah rendah. Menginjak ke sekolah menengah, join Kelab Badminton sekolah pula.... Setakat itu jek lah... takde lebih-lebih pun.....
Namun sejak tahun lepas (previous academic year), ada geng di kampus nih yang ajak beriadah bermain badminton.... tak ingat macamana bermulanya... tapi sudahnya jadi aktiviti 3 kali seminggu bermain badminton di gym kampus, dalam 2 jam sehari gitu.... Nak pulak salah sorang geng Malaysia ni memang pernah jadi player negeri... uishhh... syiokkk habis la memukul.... daripada ski…

Wordless Wednesday

17/11/2017

Pada hari ini setahun yang lalu, kami sekeluarga pulang ke Malaysia dengan hati yang gundah-gulana...  Hari ini di pagi itu, abah baru selesai biopsi di Hospital Selayang, dengan prognosis tumor di pankreas.  Hari ini di tengahari itu, abah minta untuk berjumpa ibunya di rumah adik abah di Saujana Utama, Sungai Buloh. Sempat abah bermaafan dengan ibunya. Hari ini di petang itu, senyum abah dan mama sangat lebar melihat kehadiran kami sekeluarga,  meskipun terkejut kerana kami tidak maklumkan kepada keduanya tentang kepulangan kami.  Hari ini di malam itu, abah dan mama berjaga sehingga lewat malam, bercerita dari satu kesah ke satu kesah. Sungguh nampak gembira di riak wajah abah yang biasanya tidak tidur lewat. Apatah lagi kami pula masih jetlag, belum dapat melelapkan mata. 
Dan itulah seminggu yang terakhir kami dapat berbakti kepada abah yang sedang sakit. Sangat singkat tempohnya, namun bermakna.



* sesungguhnya kisah setahun yang lalu masih segar di ingatan

Shell-out @ Shrimp Side

Fefeling nak shell-out jugak kat sini pun... Sabtu yang lepas (10/11/2018) rakan 'sekampung' (kampung Yanbu la kann..) mengajak kami mencuba restoren yang berkonsep ala-ala shell-out nih.... ada rakan kami yang lain telah mencuba... dikongsikan gambar-gambar, membuatkan yang lain teruja untuk mencuba....  Maka, malam selepas isya kami pun beraraklah 2 kereta ke restoren 'Shrimp Side' yang terletak di Yanbu AL-Bahr. Excited nak shell-out beramai-ramai gitu.... :)

Dari luar, dekorasi restoren sangat menarik ... ala-ala rustic-marine style gitu... cuma yang menjadi sedikit masalah adalah tidak ada meja yang dapat menempatkan kami ber-11 secara selesa. Untuk makluman, restoren di sini yang membenarkan family, kebanyakannya mempunyai partition untuk setiap meja...  Di 'Shrimp Side', partitionnya tak boleh diubah dan hanya sesuai untuk keluarga 6-8 orang sahaja... bersempitlah kami ber-10 termasuk si kenit Ayra yang hanya duduk di riba maknya. Takkan nak duduk di par…

8/11/2017

Tarikh ini setahun yang lalu....  Bagaikan bom yang meletus bila mendapat perkhabaran dari mama yang terdapat tumor di pankreas abah.

Kesihatan abah sebenarnya mula terganggu sejak awal Oktober 2017. Sakit perut berterusan, berselang-seli dengan sakit di bahagian belakang. Bertemu dengan GP, ubat gastrik yang diberi tidak melegakan. Sakit di belakang dikatakan mungkin abah melakukan kerja berat. Hampir sahaja kami semua akur dengan maklumat dari doktor. Sehingga tiba-tiba abah mengadu pada mama perutnya mengeras. Terus keduanya menuju ke KPJ Ipoh. Lantas doktor mencadangkan untuk melakukan CT Scan, sementelah endoscopy dan x-ray yang pernah dibuat sebelum ini tidak menunjukkan apa-apa masalah. 

Dan pada hari ini di pagi itu, prosedur CT Scan yang dilakukan telah memberikan keputusan yang mengejutkan kami semua, sangat-sangat mengejutkan. Hanya dalam tempoh sebulan abah mengadu sakit, yang tidak pun keterlaluan, masih boleh bergerak ke sana-sini, masih boleh memandu kereta, masih makan …

Comprehensive Health Care Center

Di sinilah tempat kami mendapatkan rawatan. Comprehensive Health Care Center namanya... Serupa la macam klinik, nama jek berbeza... Untuk kami yang bernaung di bawah RC, semestinya di sini tempat kami mendapat rawatan secara percuma....  Jika ada kes yang perlukan rawatan susulan dari pakar tertentu, maka akan diberi surat rujukan ke hospital RCMC (Royal Commission Medical Centre).  Umpamanya kakitangan kerajaan boleh mendapat rawatan secara percuma di hospital kerajaan atau klinik kesihatan

Hari ini kami ke sini kerana si bujang kecik demam dan sakit tekak. Awal pagi bangunnya dan mengadu tekaknya sakit untuk menelan.  Mujur demamnya tak tinggi mana... tapi memikirkan sejarah tonsil si bujang sorang nih, eloklah jumpa doktor untuk pastikan. Alhamdulillah bukan tonsil yang membengkak, hanya kemerahan sedikit.... akibat dari virus kata doktor.... tak perlukan antibiotik, hanya paracetamol memadai .... 

Begitulah putaran kehidupan... ada masa gembira, ada masa berduka,ada masa sihat sej…