Skip to main content

Comprehensive Health Care Center




Di sinilah tempat kami mendapatkan rawatan. Comprehensive Health Care Center namanya... Serupa la macam klinik, nama jek berbeza... Untuk kami yang bernaung di bawah RC, semestinya di sini tempat kami mendapat rawatan secara percuma....  Jika ada kes yang perlukan rawatan susulan dari pakar tertentu, maka akan diberi surat rujukan ke hospital RCMC (Royal Commission Medical Centre).  Umpamanya kakitangan kerajaan boleh mendapat rawatan secara percuma di hospital kerajaan atau klinik kesihatan

Hari ini kami ke sini kerana si bujang kecik demam dan sakit tekak. Awal pagi bangunnya dan mengadu tekaknya sakit untuk menelan.  Mujur demamnya tak tinggi mana... tapi memikirkan sejarah tonsil si bujang sorang nih, eloklah jumpa doktor untuk pastikan. Alhamdulillah bukan tonsil yang membengkak, hanya kemerahan sedikit.... akibat dari virus kata doktor.... tak perlukan antibiotik, hanya paracetamol memadai .... 

Begitulah putaran kehidupan... ada masa gembira, ada masa berduka, ada masa sihat sejahtera, ada masa 'dicuit' rasa..

Comments