Skip to main content

Happy Birthday My Best Buddy !!

30 November - tarikh harijadi kawan baik cheq. Sama-sama dok kat ينبع. Kami sebaya tapi dia muda sket la dari cheq, pasai harijadi dia bulan 11.... cheq bulan 9. Kami suka panggey dia Cik Mas. Orang Penang nih...

Kami kenai lama dah... sejak tahun 2009 lagi... dekat 10 tahun la kiranya... kami yang dulu sampai Yanbu, Cik Mas kendian sket. First time kami berkenalan masa hari ghaya. Tahun tu raya jatuh di tengah-tengah academic calendar. Pakat tak balik kampung la kami semua. Masing-masing buat open house. Lepas satu rumah, gerak ke rumah lain pulak. Kami antara rumah yang terlibat. Masa tu la berkenalan dengan Cik Mas. Paling senang nak ingat sebab hanya Cik Mas sekeluarga yang pakai baju raya sedondon warna biru :). Tahun 2010 pulak, kami direzekikan dapat peluang mengerjakan haji bersama. To cut the story short, di dalam khemah hajilah kami menjadi rapat. Walaupun segala urusan ibadat haji tidak bersekali, namun jangka masa yang pendek di dalam khemah itu yang merapatkan kami. And the rest are history.....

Tahun 2012 adalah tahun pertama kami sambut besday Cik Mas dengan kek buatan sendiri. Itupun kira plan mengejut jaaa. Sambil-sambil sang suami dok bersembang pasai benda lain, kami plak pi mencelah ‘jom sambut besday Cik Mas’. Nak pulak memang weekend... maka menjadilah sambutan hari jadi Cik Mas yang pertama... pertama dengan kami laaaa... Kisah ni ada di-blog-kan di sini (http://ejalz.blogspot.com/2012/11/happy-birthday-siti-mastura.html) Dan sejak tahun itu, cheq selalu masakkan kek untuk sambutan besday Cik Mas. Ada la peluang meng-improve-kan skil deko pada kek.  Hahahahaha...

Untuk tahun ini, masa harijadi Cik Mas, dia tengah on the way balik dari Malaya ke sini. Sempat la wish birthday masa kat Malaya. Tapi tak dan la nak menyambut ... kita pospon sehingga ke weekend berikutnya. Of course la tak habaq dia kan.... tapi jenuh la jugak nak track dia ni pi mana. hahahhaa... Kami cuma habaq nak hantaq barang kat umah dia. Lepas maghrib jugak sudahnya baru berjaya. Alhamdulillah... another year to celebrate with your loves ones ❤️ ...




Comments