Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

I've Travelled to... العلا (Part 1)

Bandar العلا adalah sebuah bandar yang jaraknya lebih kurang 370 km dari ينبع. Berkonvoi 3 kereta dari Yanbu, bertemu 2 lagi kereta di pertengahan jalan dan bertemu pula sebuah lagi kereta ketika sudah sampai ke Al-Ula; konvoi 6 kereta untuk trip hujung minggu dari ينبع ke العلا, demi kerana Tantora Festival :) :)


Perjalanan asalnya dirancang berdua family sahaja - family F&Y dan kami. Berhari-hari F&Y memujuk kami (read: encik suami) ikut serta. Hahahaha... sedang elok kami bersetuju, datang pulak ajakan lain melalui F dan melalui encik suami. Hendak menidakkan dah tentu kami berdua family dah bersetuju, hendak mengiyakan bimbang jadi berpanjangan jemputannya dan semakin panjang konvoinya :p :p Kami berdua family berbincang untuk mengaku sahaja kepada yang mengajak, dengan syarat jemputan tidak berpanjangan.... hahahahaha... Maka terjadilah konvoi 6 kereta.... Just nice kata orang... tak terlalu sikit dan tak terlalu ramai....

Konvoi bermula pada 8/2/2019 Jumaat 7.30am. 3 keret…