Skip to main content

New journey ahead, my friend...

Sahabat seperantau... 
Selalu sehati sejiwa... berkongsi segala rasa, suka dan duka, tangis dan tawa. 
Anak-anak membesar bersama, sehingga masing-masing mencecah dewasa, melanjutkan pelajaran di tanahair tercinta.  Sama-sama eksplorasi Yanbu ketika ia masih tiada apa-apa... sehingga Yanbu sudah gah di mata dunia...
Kini.... sahabatku akan merantau di tempat berbeza... masih di negara yang sama cuma daerah berbeza... Jauhnya jarak beribu-batu, tak mungkin bertemu di hujung minggu. 
Wahai sahabat, kenangan tercipta bertahun lamanya, kekal abadi di dalam ingatan... ingatlah yang manis-manis sahaja tentang diriku... buang jauh-jauh yang masam-masam :)
Semoga rezeki Mr. King jauh lebih baik di tempat baru, rezeki pelajaran anak-anak lebih cemerlang dan rezeki untukmu Mrs. Queen juga melimpah-ruah diberkati Allah swt. 
5 April yang lalu, kami sekeluarga menjemput sahabatku sekeluarga ke rumah... Mana tahu mungkin ini sahajalah waktu yang ada untuk beramah-mesra. Dijamu dengan mee kari dan nasi impit ayam rendang, tak lupa jugak kek yang dideko cantik... 


Dan sebagai kenangan dari Yanbu, tataplah wajah comelku setiap hari nanti... :) dah taktau nak bagi hadiah kenangan apa... tempat baru pun masih dalam negara yang sama... apa yang ada di sini, ada di sana... yang tiada hanyalah sahabatmu ini... :) :)

I will miss you my dearest friend... jauh di mata, dekat dihati. Semoga Allah permudahkan urusan perpindahan ke tempat baru, urusan kehidupan di tempat baru dan semoga ukhwah kekeluargaan kita terjalin selamanya InsyaAllah... 


I have learned that friendship isn't about who you have known the longest, 
it's about who came and never left your side.

Comments