Skip to main content

I've Travelled to... العلا (Part 5)

Hari kedua dan juga hari untuk pulang ke Yanbu.... 
Beberapa tempat sempat kami singgah sebelum memulakan perjalanan pulang. 
صباح الخير العلا

1. Al-Ula Viewpoint
Awal pagi, kami ke 'Al-Ula Viewpoint'; sambil berpiknik breakfast. Viewpoint ni adalah kawasan tanah tinggi (lebih kurang 300m) dan boleh dinaiki dengan kereta masing-masing. Uniknya tempat ini ianya adalah tanah tinggi yang terdiri dari batuan sahaja.... Puncaknya adalah dataran -- rata seperti bukan berada di tanah tinggi. Mula-mula memang akan terdetik, apa yang nak dibuat atau dilihat di situ kerana tempat ini tidak dibangunkan seperti kawasan pelancongan tanah tinggi yang lain.
Breakfast dalam kesejukan... roti pun jadi keras kejung :)

Kami semua berhenti di tepian (bukit ke jurang ke gaung ke...entahlah tak tau perkataan yang sesuai) untuk berpiknik breakfast. Sejuk bukan main... suhu dalam 15 degree masa ni.... menggigil bila datang angin sepoi-sepoi bahasa. Bersesuaian dengan namanya, tempat ini sebenarnya hanyalah untuk menikmati pemandangan semata-mata -- tiada yang lain. Dan pemandangan dari atas viewpoint ini memang sangat-sangat menakjubkan... subhanallah... dan jika diperhatikan dari gambar-gambar yang kami tangkap, pemandangan backgound seolah-olah kami berada di dalam studio -- cantik tidak terperi.
Saja letak gambar kumpulan nasyid yang tak ready posing lagi :p:p


2. Elephant Rock
Juga dikenali sebagai Jabal Al-Feel, kawasan ini terdiri dari batu-batuan yang sangat besar (huge and gigantic) juga padang pasir di sekelilingnya. Salah satu binaan batu yang menarik perhatian di sini ialah 'Elephant Rock'.  Elephant Rock ini menjadi tarikan kerana rupa bentuknya adalah seperti gajah  dan binaannya terbentuk secara natural.  Saiz Elephant Rock dikatakan menjangkau 50 meter dari aras tanah. Bila berposing di sini, nampak manusia sangat-sangat kerdil... Subhanallah .. hebat ciptaan Allah swt.



3. Al-Ula Museum of Archeology and Ethnography
Muzium ni kami tak sangka pulak buka hujung minggu... Saja singgah sini menunggu ahli rombongan cukup selepas bergerak dari Elephant Rock sebab ada kereta yang singgah isi minyak dulu, ada yang nak beli sandwich untuk anak-anak yang kelaparan (tak puas makan roti kejung... hahaha..). Sementara tunggu, ada yang cuba nasib jenguk muzium.... Buka rupanya... Jom la kita bawak anak-anak tengok benda bersejarah sikit...

Bahan-bahan dalam muzium ni sebenarnya sangat informative. Setiap bahan dan artifak ada penerangan dalam Arabic dan English.  You just need to spend your time to read each and every piece of the historic materials. Ada yang berbentuk poster, ada yang berbentuk artifak sebenar, ada artifak yang re-model.



4. Khaybar Historical City (خيبر مدينة القديمة)
Dari muzium, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Yanbu. Singgah di bandar Khaybar untuk makan tengahari... mujur ada restoren family yang masih menerima kami semua masuk (sebab kami sampai dah nak masuk waktu asar). MasyaAllah... entah nasi apa yang derang order tapi sedapnya.... kira makan sampai tak angkat muka... hahaha... dengan sambal pedas taste malaya... memang sedap....
Sebelum makan, boleh dibawa berbincang lagi... hahahaha...
Next stop ialah mencari historic city... bandar lama Khaybar yang dikatakan dihuni oleh kaum Yahudi. Kawasan perkampungan Yahudi ni dulunya terdiri daripada beberapa kubu (fort), dan juga dikatakan sangat subur kerana ianya berada di oasis. Masih dapat dilihat kesan-kesan kubu yang masih tinggal sehingga sekarang.

Entrance ke Historic City 

Di sini juga berlakunya Perang Khaybar, antara orang-orang Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad (saw) dengan orang-orang Yahudi. Peperangan itu berlaku disebabkan adanya perancangan penduduk yahudi untuk menyerang Kota Madinah. Nabi Muhammad (saw) bertindak pantas menakluk kota Khaybar terlebih dahulu sebelum sempat mereka menyerang Kota Madinah. (Silalah cari lagi bahan bacaan tentang Perang Khaybar ni yaaa..)

Antara kesan kota yang masih utuh kelihatan

Menjelang maghrib, lengkaplah sudah trip hujung minggu kami.... Untuk perjalanan pulang ke Yanbu, kami melalui laluan berbeza... dari Khaybar ke Madinah ke Yanbu.  Lebih banyak melalui jalan highway. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing dalam pukul 10.30 malam.



A short and adventurous trip, yet very memorable!!

Comments