Skip to main content

Farewell Bowling Planet Yanbu

Sedihnyaaaaaaa.... sangat sedihhhhh... itulah perasaan kami geng-geng kaki bowling Yanbu hari ini...

Hari ini 12/10/2019, kami mendapat berita yang paling mengejutkan...Bowling Planet akan menamatkan operasinya esok (13/10/2019). Bermakna untuk family, hari inilah hari terakhir Bowling Planet akan beroperasi. Penjaga tempat bowling (Mr. Medhat) break the news sejurus selepas kami semua habis bermain. Katanya tak nak diberitahu awal, kerana tak nak kami terganggu pula mood untuk bermain.... aaawwwww... so sweetttt....


Tak dapat digambarkan dengan kata-kata sebenarnya perasaan kami bila diberitahu tentang penutupan pusat bowling ini.. Banyak sangat kenangan di tempat ni... yang suka, yang duka, yang sakit pun ada, yang pura-pura lembik pun ada (haha), yang jatuh di platform, yang bola terlepas ke belakang... huiisshh banyak betul ceritanya. Huwaaaa... 
Di sini juga pernah 2 kali kami anjurkan pertandingan bowling antara rakyat Malaysia di Yanbu. Meriah sambutannya... walaupun ada yang ragu-ragu nak bertanding pada mulanya... :)

Yang sangat terkesan pastinya kami para ladies.... Bowling sahajalah riadah sukan yang boleh kami turut serta. Dari tak reti apa-apa sangat pasal bowling, main hayun jek bola bowling tu janji kena pin, sampailah dah tahu serba-sikit pasal hayunan tangan, step kaki, pegangan bola, tengok arrow instead of pin etc. 

huwaaaaa sedihhhh laaaa... Takde dah tempat nak training, nak get together, makan2 minum2, gosip2, sambut birthday.... susahnya nak move on..... 



Comments